Monday, June 29, 2009

MINI OPENDAYSARAKIDS

HAPPY BIRTHDAY SARA... 28hb June 2009, Puteri Sara Azalea anak Puan Tokey Sarakids menyambut ulangtahunnya yang ke 2. Punya la meriah majlis. Maka Ibu Azam nie pun berangan ler jugak nak buat B'day Azam. Tapi idok ker besar besaran macam Cik Puteri kita nie. Ibu Azam kurang budget..... huk huk huk....


Siap ada banner lagi. Masa kawin ibu dulu pun tak der banner.....


Cup cake yang cantik dan meyelerakan.... Yum... yum...

Cuba tengok dengan teliti.... ada logo Resipi Ibu gitu....

Sebenonya yang nak diceritakan di sini ialah.... Mini Open Day nyer.... Dengan membayar RM100, kami diberi tapak berniaga di open day itu. Aku pun open table untuk promosi biskut raya dan kek lapis serta kek buah. Promosi untuk raya... puasa kan dah dekat, so promosi kuih raya org boleh rasa kuih-kuihku yang enak-enak.
Dari segi promosi, kalau di lihat dari sudut jumlah tetamu yang datang, alhamdulillah. Memang la tak sama dengan "JOM HEBOH" tapi promosi cara ini antara yang bagus. Macam kata kawan aku Florance Chua, kita build up the reputation dulu. Jangan fikirkan keuntungan dulu.


Wajah Che' Idah the bomb

Diakhir hari penjualan tu, Fara ada jumpa ngan aku dan tanya macam mana jualan. Dia kata takut orang kata "Bayar sampai RM100 tapi tak der apa-apa". Tak der la terfikir macam tu. Event macam ni, macam yang aku cakap tadi, bukannya macam "JOM HEBOH" yang beribu-ribu orang datang. Bagi aku yang penting, memperkenalkan dan mempromosi. Jualan, aku dapat cover kos duit tapak dan gaji pembantu dan ada lebih skit. Alhamdulillah. Ada juga yang buat tempahan untuk raya. Aku beri harga sama dengan harga masa hari jualan.
Aku lebih suka kalau aku kata, yang aku saja suka nak support event yang Fara buat. Perjumpaan ibu-ibu dan peniaga peniaga wanita. Chewahhhh..... Apa-apa pun event macam ni patut dibuat selalu. Kalau bukan Sarakids yang anjurkan, online shop yang lain boleh anjurkan. Kalau aku tak sibuk, aku boleh menyebukkan diri.... tengok laaa nanti ......



Zee (wakil Takaful). Apasal la poyo jek muka kau Zee....


Inilah kuih muih di geraiku

Event yang bermula jam 1.30 tengahari berakhir pada jam 6.00 petang. Penat memang penat tapi aku enjoy... Walau tak bersama-sama tiup lilin ngan Puteri Sara, aku doakan anak ini menjadi anak yang baik dan solehah. Sentiasa sayangkan mama dan papanya dan adiknya......
Untuk Puan Tokey, semoga perniagaan berkembang maju. Insyaallah......
__________________________________________________________________
Entry biskut raya akan menyusul kemudian. Sila beri masa untuk ku ambil picture-picture kuihku.......







Thursday, June 25, 2009

Siotnyer MaT rEmPitttttttttttttttttttttttttttt

Cerita ni sebenonya mcm dah basi skit. Tapi nak cerita jugak.

2 minggu lepas, Adik aku (Ira) nak blk Batu Pahat ngan Arman. Oleh kerana kereta diaorg meragam buat hal, kereta tu dihantar ke workshop Pak Busu. So, aku ngan husband pi la hantar kedua laki bini ni pi Puduraya.


Azam sempat snap gambar Retoran Mc Onelllll
Sampai kat depan Dewan Bahasa, trafic light tu turn to merah. So berderet-deretla kereta yang beratur panjang menunggu lampu tu turn to hijau. Tetiba...... Gedegangggg....... Satu motor yang ditonggang seko Mat Rempit dengan sorang aweks tertenggong kat belakangnya langgar side mirror keta ku. Sampai terkelepet ke belakang side mirror tu.

Adik (Azim) tido dalam dakapan Adik (Ira)
Ingatkan setakat terkelepet jek tapi.... korang tengok la sendiri apa sudah jadi dengan side mirror keta Vios ku itu..... Nasib baik mat rempit tu tak tertonggeng sepas lango keta aku. Klu tak pasti somiku dengan bangganya luku mamat tu.
Side mirror yg dah cacat
Isnin lepas aku pi service keta kat Toyota Jalan 19/1. Tanya la sekali kalau ada parts yang boleh ganti. Ada... tapi reganya... utk cover yg tertanggal tu jek.... RM100.00. Tak der duit laaa... Tak per la... Cari kat kedai potong jek ekkkk...



Tuesday, June 23, 2009

Abang Rindu Ibu

Pernah tak terlintas dalam fikiran kita, anak yang duduk serumah dengan kita, yang kita lihat sehari-hari, yang kita marah dan rotan, yang kita cium setiap kali dia nak tido dan tiap kali kita celik mata kata.... "Abang rindu Ibu"...

Sebagaimana malam tadi bila Abang ucapkan kata-kata tu, masa ini ketika aku menaip entry ini pun air mata menitis. Sebak sangat...

Serious... aku tak pernah terfikir yang anak aku rindukan aku.

Aku akui, Abang agak nakal kebelakangan ni. Tapi bagi aku itu lumrah anak lelaki kecil. Makin besar, makin panjang akalnya dan makin jadi perangainya. Dan sejak dia semakin nakal, tiap hari dia kene rotan dengan suami aku. Aku pun selalu marah2 dan pukul dia. Tapi tiap kali dia nangis sebab kene rotan atau pukul, aku biarkan seketika dan kemudian aku peluk dan pujuk. Tapi aku tak terangkan kenapa dia kene pukul. Bagi aku dia tak faham. Kalau cakap banyak-banyak pun dia tak faham.

Malam tadi, Abang yang mula suka buli adik dia, cucuk perut adiknya dengan pensel. Depan mata aku. Tapi aku yang tengah pegang pampers adik yang penuh dengan "hasil kerajaan" bertindak agak lambat. Nasib baik tak tembus. Adik melalak sangat kuat. Aku pun naik angin. Aku ambil pensel dan cucuk kat paha Abang dengan kuat... dia pun meraung.

Aku jadi macam Abang jugak. Tak berakal. Lepas tu aku tak pedulikan abang dan terus dukung adik yang masih menangis kesakitan. Lepas adik berenti menangis pun aku tak pedulikan abang.
Lepas susukan adik, aku baring sebelah dia dan aku pun lelap sama.

Agak2 dalam kul 12.00 tgh malam, aku rasa katil bergoyang. Abang naik atas katil. Ayahnya dah lama lelap depan tv. Abang belum nak tido dan main goyang2 katil. Aku marah.

"Abang.... ibu mengantuk sangat. Esok Ibu nak kerja. Abang jangan nak buat pasal. Tau tak sekarang dah kul berapa? Kenapa tak nak tido lagi???"

Dia tengok muka aku, pas tu baring sebelah aku dan cakap... "Abang rindu Ibu"

Aku yang masa tu nak bukak mata pun susah sebab mengantuk, tersentak... seolah-oleh terdengar lagi kat telinga aku "Abang rundu Ibu". Aku terus bangun. Hilang mengantuk.

Aku terus mengadap abang. Aku tengok muka dia, dia senyum. Aku cium dia. Aku tanya dia... "Abang rindu ibu ye...". Dia senyum jek... Aku mula tak senang. Kenapa anak aku ni.

Aku akui, sejak hadir adik dalam hidup kami sekeluarga, aku kurang ambil perhatian pada abang. Sebelum adik lahir aku dah ingatkan suami aku, bila adik lahir suami aku perlu tumpukan perhatian pada abang. Tak nak abang rasa terasing. Tak nak abang benci adik sebab menyangka adik penyebab dia diabaikan. Aku pasti aku akan penuh masa tumpuanku pada adik. Aku cuba mengimbangi perhatian pada kedua2 anakku. Tapi aku tak mampu. Suamiku yang asalnya setuju untuk tumpukan perhatian pada Abang, sibuk pulak dengan tumpuan pada 'KOLAM DAN PANCING".

Aku tak berdaya. Nak kemas rumah sekarang ni pun dah tak larat. Rumah aku??? Dah macam tongkang karam.... Cuma mampu aku kemas dengan sekemas2nya pada hari Sabtu dan Ahad aje. Hari2 yang lain, tak yah cakap laaa...

So... belajar dengan apa yang berlaku malam tadi, berdasarkan kata-kata rindu dari anakku, aku amik keputusan. Akan ku ambil Bibik Kus dari Batu Pahat. Sekurang-kurangnya bila balik kerja, rumah aku dah berkemas, anak2 dah siap makan dan makan malam dah siap (aku dan suami tak kisah bab makan malam, yang penting anak2 aku mesti makan).

Jadi, bila aku dah penat balik kerja, kepenatan aku tak bertambah dengan mengemas rumah, masak, basuh baju dll. Aku boleh tumpukan perhatian pada Abang dan Adik. Adik tak banyak kerenah. Abang tu... dia dah faham kalau aku tak pedulikan dia. Aku tak kisah kalau penat bertambah untuk dua beradik tu.

Suami ku... maaf lah. Aku terpaksa amik keputusan ni. Orang lain (kengkadang2 suami sendiri pun) tak paham apa yang isteri/ibu tanggung. Tapi aku janji, walaupun ada bibik, aku takkan abaikan rumahtangga aku. Rasa tak selesa sebab ada orang lain dalam rumah? Inilah pengorbanan yang harus u berikan. Kalau u tak leh korbankan memancing, u kene korbankan yang ini.

Apa-apa pun .... I sayangkan u dan anak2....


Jadi,

Thursday, June 18, 2009

HAPPY FATHER'S DAY - untuk encik somi ku

Aku sangat suka picture Father's Day ni. Kenapa ye... Seolah-oleh melambangkan somiku dan anaknya.


Ok.... encik somi... nama somi ku Azmawaris bin Mohd Idris. Keturunan belah bapaknya... orang Negeri 9 dan keturunan belah emaknya... orang ceylon... eh...bukan ceylon Battlestar of Galactika ye... Seri Langka... Chewah.... kira mix la encik somi ku ini.


Dah 6 tahun dah dia jadi somi ku. Selama jadi somi kerjanya bergaduh aje ngan aku. Aku pun kerjanya bergaduh ngan dia. Hasilnya.... 4 orang anak... hehehehehe... korang ingat gaduh apa???




Tapi betul... dia nie bukan jenis romantik. Start hari pertama kenal dia dah bagitau aku dia jenis tak romantik. Tapi entry dulu kan aku dah cakap... dia nie jenis bermulut manis.... Betul... sebab tu dia ramai girlfriend.... dan sebab tu aku terjerat... hahahah... aku menjerat ker dia menjerat???

Bab nolong kat rumah, ada kureng skit lebih2 lagi sejak jadi taik pancing ni... Asik nak pi mancing. Nasib baik tiap kali balik pancing dia bawa ikan. Kalau tak... siapp... zazzzzz ....... potong kepala....


Ha... tapi ada 1 benda yang dia suka sangat nolong kat rumah. MASAK... Selalunya dia yang masak kat rumah. Masak dia entah apa-apa. Tak der resipi. Bila tanya, ni masak apa? Jawabnya.. entah.... Tapi apa yang dia masak memang sedap. Ibu, ayah dan adik aku pun mengakui akan kesedapan masakannya. Selalunya bekal yang aku bawa ke office tu , dia la yang masak. Kawan office aku pun cakap sedap.... Untung aku. Sebab tu aku tak kurus-kurus... Makin membelon ada laaa....

Inilah Encik Somi ku



So, kepada somiku dan ayah kepada anak-anakku. Selamat Hari Bapa.... jangan nakal-nakal ye yah.....

HAPPY FATHER'S DAY



The idea for creating a day for children to honor their fathers began in Spokane, Washington. A woman by the name of Sonora Smart Dodd thought of the idea for Father's Day while listening to a Mother's Day sermon in 1909.


Having been raised by her father, William Jackson Smart, after her mother died, Sonora wanted her father to know how special he was to her. It was her father that made all the parental sacrifices and was, in the eyes of his daughter, a courageous, selfless, and loving man. Sonora's father was born in June, so she chose to hold the first Father's Day celebration in Spokane, Washington on the 19th of June, 1910.

In 1926, a National Father's Day Committee was formed in New York City. Father's Day was recognized by a Joint Resolution of Congress in 1956. In 1972, President Richard Nixon established a permanent national observance of Father's Day to be held on the third Sunday of June. So Father's Day was born in memory and gratitude by a daughter who thought that her father and all good fathers should be honored with a special day just like we honor our mothers on Mother's Day.
----------------------------------------------------------------------------------------------
Ayah saya dan anak saya Azam


Asri Bin Sarwan. Itulah nama ayah saya. Ayah saya dilahirkan di Rengit, Batu Pahat, Johor pada 31hb Ogos 1939. Ayah saya merupakan seorang pesara. Sebelum ni bekerja sebagai seorang guru. Sekolah terakhir ayah di Parit Sulong. (Terasa tak macam skima baca entry nie???)


Ayah yang saya kenal.... Seorang yang sangat menyayangi keluarga (ibu, anak-anak perempuannya, ketiga-tiga menantu lelakinya dan cucu-cucunya). Dengan ibu, ayah sangat romantik. Sampai sekarang pun, setelah hampir 42 tahun berkahwin, ayah dan ibu selalu berpimpin tangan kalau berjalan bersama-sama. Mereka tak malu perpimpin tangan walau ada kalanya terdengar suara sumbang yang mengatakan ayah dan ibu mengada-ngada. Dah tua pin nak manja-manja. Terlalu menunjuk kemesraan. Tapi kami anak2 suka. Kemesraan itu mengajar kami adik beradik agar jangan malu untuk bermanja atau mesra dengan pasangan masing-masing.


Ayah seorang suami yang tak betah meninggalkan isteri sendirian di rumah. Setiap hari walau hendak ke mana pun dia mesti ajak Ibu. Nak ke kebun pun ajak ibu. Nak jalan2 kat bandar Batu Pahat yang tak seberapa besar tu pun ajak ibu. Susah dia nak tinggalkan ibu sorang. Macam ada magnet. Mana ada ayah, situ ada ibu.


Sebagai seorang ayah, dia bukan jenis yang banyak cakap. Selalu tengok saja perangai anak-anak. Kalau anak-anak buat salah selalunya ibu yang menegur. Tapi kalau kesalahan dah sampai tahap maximum ayah akan bersuara. Selalunya saya la yang kene sebab saya nakal dan tak mendengar kata. Ayah garang??? Garang bertempat. Saya pernah kene bantai dengan batang vacume. Kenapa??? Biar jadi rahsia saya dan keluarga. Memang saya yang salah. Rotan?? Pernah... ayah rotan saya kat tangan.... berbirat... sebab??? Saya dapat 14 agreegate masa SRP. 4 kali sebatan. Saya ingat masa tu, walau cuma 4 kali sebatan tapi saya sampai terkencing. Ayah pun pernah genyehkan cili kat mulut saya sebab saya cakap benda2 yang tak patut. Pijar... saya duduk dalam bilik air rendam bibir dalam gayung. Kalau diingat2kan lucu plak...


Angah dan adik pernah kene pukul macam saya??? Macam tak pernah (seingat saya la). Diaorang budak2 baik. Tak macam saya. Saya sangat nakal dan degil (perangai menurun pada anak saya sekarang). Walau pernah kene bantai, rotan, pukul.... saya tetap sayangkan ayah saya. Dan saya tak faham kenapa sekarang ni ada anak-anak yang membenci dan memusuhi ayah sendiri. Mungkin mereka ada alasan sendiri.


Pak Asri dan Mak Indah ketika majlis pertunangan
Ira


Ketika saya sekolah rendah, saya ingat, saya pergi ke sekolah dengan berbekal duit cuma 20 sen dan setiap hari ibu bekalkan nasi goreng (sampai badan saya jadi gemuk). Orang mesti tanya kenapa anak seorang guru besar yang bergaji besar cuma bawa duit 20 sen ke sekolah. Jawabnya, sebab ayah berjimat (bukan kedekut) untuk kumpul harta untuk anak-anaknya. Hasilnya???? Alhamdulillah.... Kami mampu hidup senang.


Ayah bukan jenis suka berbelanja ikut suka. Seingat saya, walau di mana ayah, dia tak pernah makan di kedai tanpa ibu dan anak-anak. Kalau orang lain, lepas kerja atau lepas balik dari masjid pasti akan "ngeteh". Tapi ayah tak. Dia akan balik terus ke rumah. Makan di rumah bersama keluarga. Kalau teringinkan sesuatu makanan di luar tu, dia akan beli dan bawa balik. Alasannya... tak best makan tanpa orang-orang tersayang. Walau sebiji roti, ayah akan bawa balik.


Iza Dora (Along), Ira Roza (Adik) dan Ida Zura (Angah)
Harta kesayangan Pak Asri dan Mak Indah


Ayah juga tak kompromi tentang bab agama. Dia mesti pastikan kami sekeluarga berjemaah untuk sembahyang maghrib. Sampai sekarang pun kalau kami semua balik ke Batu Pahat. Lepas sembahyang, kami akan adakan sesi ceramah agama dan sesi soal jawab agama.


Kalau nak diceritakan, macam2 lagi cerita pasal ayah. Tapi yang pasti, saya berbangga menjadi anak ayah saya. Saya bangga membawa nama ayah saya di belakang nama saya. Saya pasti adik-adik saya juga begitu. Tapi ayah semakin tua. Entah esok.. entah lusa.. entah minggu depan... entah tahun depan... hanya Allah yang tahu. Kalau boleh seumur hidup saya, saya mahu ayah disamping saya.


Terima kasih ayah, yang tak terhingga dan tak terucap. Jasa dan pengorbanan ayah untuk keluarga kita sangat besar. Nak balas segala-galanya.. memang tak mampu. Semoga Allah panjangkan umur ayah, berikan kesihatan yang baik kepada ayah, ampunkan segala dosa-dosa ayah dan golongkan ayah di dalam golongan orang-orang yang beriman.
SELAMAT HARI BAPA .... ayah......
-----------------------------------------------------------------------------------------------


Saya teringat kata-kata kawan baik saya, Mazni Ismail (kawin ngan Mazlan dan dah ada 6 anak). Ayah dia meninggal ketika umur kami 21 tahun (kalau tak silap saya). Ketika tu saya ziarah Mazni sehari selepas kematian ayah dia.


"Iza... selagi ayah kau ada, buat la baik dengan ayah engaku. Sayang la dia macam dia sayangkan engkau. Kalau dia dah tak ada nanti, engkau akan rasa sangat kehilangan. Macam aku... aku dah tak ada ayah... "


Lepas tu dia menangis. Masa tu saya tak tau nak cakap apa. Yang saya tau saya sangat bersyukur masih ada ayah. Masih ada tempat untuk saya bermanja.
Alhamdulillah......










Wednesday, June 17, 2009

Relaktasi

13hb yang lepas, Ibu dijemput oleh Pn Fara (Sarakids) dan Pn Sue (Lunatots) untuk bersama-sama dalam sesi relaktasi. Lepas kes Azim masuk hospital Ibu bercadang untuk beri Azim dengan susuibu semula. Masalahnya Azim plak yang dah tak nak direct feeding. Jadi, pucuk dicita ulam mendatang. Ibu pun dengan panjang langkah pergi la ke session tu.


Sorry Fara, picture tak berapa clear. Maklumla Ibu duduk kat belakang sekali.
Sue plak, beriya-iye membuat penerangan.


Rupa-rupanya ramai jugak yang ada masalah dengan penyusuan Ibu ni ye. Ramai mama2 dan papa2 yang datang bersama2 baby2nya. Ibu je datang dengan Azim si buah hati Ibu.

Antara baby-baby yang ada

Habis presentation, kami di bahagikan kepada 2 group. Tak sempat ambil gambar sebab sibuk dengan perbincangan. Sue jadi counselor group Ibu. Macam2 permasalahan dan cara mengatasi yang kami bincangkan.
Balik dari session, Ibu tengah bersemangat ni. Sambil mandi, Ibu belek kedua "baldi susu" yang ibu ada. Aik.... macam dah kering jek... Betul la...Ibu cuba juga picit2 macam selalu tapi tak ada apa2 keluar. Ibu panik nie.. tapi tak apa. Malam nanti nak hantar Azim pi cucuk buntut. Boleh minta ubat dari doktor.
Malamnya, lepas cucuk buntut Azim, Ibu cakap ngan doktor nak minta ubat utk produce susu. Tapi Ibu tak makan serta merta. Ibu amik pil pertama hari Isnin sebab Ibu terlupa. Walaupun macam tu Ibu tak pump sehingga hari Rabu (semalam). Alhamdulillah... susu dah ada balik tapi cuma setakat meleleh di puting saja. Ibu tetap pump selama 20minit sebelah baldi. Macam Sue kata, walau tak der apa yang kuar, tetap pump 20 minit sebelah.
Tak kisah lah kalau Azim tak nak direct bf asalkan Ibu dapat bagi susu pada Azim dari baldi ibu sendiri.

Cloth Diapers (CD)

Minggu lepas Ibu belikan Azim lagi 3 keping CD. Brand...Babyland. Harga RM30 sahaja. Ibu berangan nak fully CD utk Azim tapi untuk beli sekali gus banyak memang Ibu belum mampu. So Ibu beli sikit2. Maknanya Azim dah ada 4 keping CD. Ibu belikan warna merah, purple dan orange.


Dari segi kualiti kain, CD ni sangat nipis di bahagian dalamnya. Sampai snap button kat bahagian luarnya pun boleh nampak dari dalam (lihat gambar). Bahagian atasnya (masih di bahagian dalam) pula yang di jari Ibu tu, tak grip jadi insertnya bila dimasukkan agak kurang kemas. Tapi CD covernya cantik. Ibu sukakan warnanya.

Malam tadi Ibu pakaikan CD ni pada Azam dan Azim.



Abang tak berapa pandai pakai. Guna tak sampai sejam dia bukak dan ganti dengan mummy poko pantsnya. Adik pulak ok... pakai sampai ke pagi tadi. Bagus juga... macam kata kawan sepejabat Ibu "DONT JUDGE THE BOOK BY ITS COVER" (sorry Sulo!!!!)

Dan untuk yang kekurangan budget macam Ibu brand ini boleh digunakan. CD ni boleh di dapati di http://alwaysbzmoms.blogspot.com

Wednesday, June 10, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby in Red Contest


Pada mulanya tak terfikir pun ank join contest nie.... tapi semalam suami balik dari Sabah dan belikan beberapa helai T-Shirt untuk Azam dan salah satunya warna merah darah.

Tetiba teringatkan contest nie......... So saya pun apa lagi.... amik handphone dan snap picture Azam... Ini hasilnya...


Dilahirkan pada 28hb Julai 2006 (3rd birthday is coming soon), anak nakal ini diberi nama Muhammad Azamuddin Bin Azmawaris. Bergaya???? No 1....... Tak ajar pun dia memang suka bergaya....

Kenapa saya mesti menang contest nie (konon-konon Azam cakap la nie....)

Satu ....... sebab saya cute dan handsome

Dua ....... sebab saya cute dan handsome

Tiga ...... sebab saya cute dan handsome


Itu la 3 sebab kenapa saya mesti menang... Aunty-aunty di luar tentu setuju yang saya nie cute dan hansome.... Anybody want to be my mommy in law???







Monday, June 8, 2009

Nur Shafarina

Nur Shafarina........


Nama ini adalah milik seorang kawan yang aku kenali hampir 10 tahun. Agak lama.... Macam mana aku kenal dia??? Kami sama2 anggota Teman Sejati...chewah...macam nama kumpulan rock kapak tahun 90an plak.... A'a..betul....kita orang kenal kat channel Teman Sejati ....ala...masa tu klu tak silap tahun 1998, tengah gila chatting.... Kengkawan yang masih aku ingat.....emmmm.... Achid(antara yg rapat ngan aku, berkahwin dan hilang smpi sekarang), shyfeline, dania, boolart(entah dia nie....),daniel(mamat poyo dan perasan semua pompuan nak kan dia), "masih teruna"(founder channel...last sekali aku tau berita dia nie, wife dia kene kanser payudara dan kene remove payudaranya, duduk dekat je ngan rmh aku kat BTS tapi tak pernah terjumpa).....lain2 aku tak ingat dah...


Aku kenal Sha dengan nick SIS.... aku plak...hehehehhe....sugarmumm....well...itu semua hanya kenangan (ada yang membawa kepada kenangan pahit dan mengubah terus kehidupan aku).
SIS yang aku kenal, seorang guru, chubby dan rendang (oooppssss...jgn mare). Dia nie senang dibuat kawan. Tak persoalkan apa yang kawannya buat, tapi ada kalanya dia menasihatkan aku secara tak sengaja. Aku banyak berkongsi kesedihan dan keriangan aku dengan dia. Dia cikgu Bahasa Inggeris... Bila dia cakap BI aku selalu teliti kat grammer dia. Dalam diam dia jadi cikgu aku. Bukannyer aku tak pandai ber BI tapi kengkadang grammernyer larong jek (selalu aku peratikan orang2 kalau bercakap BI mcm bagus, berbuih-buih mulut nak mengayakan slangnyer tapi kalau teliti grammer hancus...) Aku amik ilmu dari Sha... Thanks Sha....
Tapi bila aku berkahwin dan setelah anak aku yang pertama meninggal (2003), aku putus hubungan dengan dia. Masa tu aku rasa dia dah tak nak kawan ngan aku sbb bila aku call dia tak angkat tepon dan sms aku dia tak jawab... So....aku tak call dia lagi.
Hampir 6 tahun putus hubungan, 2 minggu lepas, tetiba aku dapat missed called dari dia...Uikkk...terkejut kambing aku....Kambing pun tak terkejut mcm aku. Aku call dia balik...."Apa mimpi kau call aku???" eh.... aku cakap bebaik la.... bukan garang2... tau la aku garang..... Tapi dia ni kawan aku.....
Dia nak kawin... yeh...yeh...Sha yang aku kenal nak kawin...yeh yeh.... Setelah menempuh segala dugaan dalam percintaan (kecewa, ditinggalkan dan ditipu) akhirnya kawan aku Sha akan mendirikan rumah tangga.
6hb June 2009, kul berapa aku tak tau, dia selamat menjadi isteri kepada....eh...siapa nama suami dia???? Malamnyer aku pi majlis dia..... Here are the photos.... biasa la amik pakai handphone jek......
Terkejut siottttt, Sha yang aku kenal chubby dan rendang.... dah kurus.... serious....kurusss engkooooo...... bila kurus dia dah tak rendang lagi...... apakah rahsianya.....
Walau apa pun, im soooooo happy for her. Aku dah cakap... allah akan beri yang terbaik untuk kita... biar lambat asal selamat...
So...sekarang kau dah kawin Sha, aku pasti kau mampu menjadi isteri yang baik. Aku pasti suami kau pun jenis yang baik (bukan jenis yang aku pernah jumpa).
Sekarang adalah masa yang sangat sesuai untuk kau buat anak plak.....kwang...kwang...kwang.....
Kau juga mampu jadi ibu yang baik.
SHA..... jangan tak call aku semula ye... kau kawan yang aku sayang..... SELAMAT PENGANTIN BARU...... SELAMAT MELANGKAH KE BAHTERA RUMAH TANGGA... SELAMAT MEMEGANG GELARAN ISTERI.... aku tunggu gelaran ibu plakkkk

Thursday, June 4, 2009

Seorang Perempuan Bernama Isteri

Setiap perempuan, kalau ada jodoh akan dipertemukan dengan seorang lelaki (bujang, suami orang atau duda). Perkenalan akan dipanjangkan dengan percintaan, pertunangan dan akhirnya perkahwinan. Kalau berjumpa dengan orang bujang atau duda...well apa salahnyakan... Tapi kalau berjumpa dengan suami orang macam mana? Emmmm...ini satu persoalan yang mesti dijawab.. Ada orang akan kata .... tepuk dada tanya selera.

Aku merupakan seorang perempuan / wanita yang telah berkahwin. Sebelum perkahwinan itu aku berkesempatan dipertemukan serta bercinta dengan kesemua kategori lelaki2 di atas. Ok... tentang lelaki yang bujang dan duda...mmg tak ada masalah...

Macam mana dengan lelaki yang telah dan masih punya isteri? Kalau dulu aku tak kisah dan tak amik peduli tentang perasaan orang yang lagi seorang tu. Peduli apa kan...janji kita bahagia... Apa yang ada kat benak adalah kebahagiaan diri sendiri.

Sekarang setelah berkahwin dan punya dua orang anak dari hasil percantuman benih aku dan suami, baru aku tau dan rasa apa yang orang ketiga rasakan.

Kenapa aku cakap macam nie ek....

Aku ditakdirkan berjumpa dan berkahwin dengan lelaki yang bermulut manis... sangat manis... aku byk terjumpa dengan sms dari perempuan2. Yang lain2 tu aku dapat selesaikan dengan cara yang baik...

Tapi berlainan dengan sorang perempuan bernama LAILATUL BADARIAH ABD LATIF, kerja di 3M, PJ. Perempuan ni dah bersuami tapi yg aku tau dari suami aku, suami dia nie sakit. Rajin berjumpa ngan suami aku (suami aku pun byk menipu aku rupanya). Selalu datang amik suami aku kat SHELL BDR TASIK SELATAN, dan suami aku pun rajin jumpa dia kat rumah dia di KOTA DAMANSARA. Sejak aku tau dia selalu naik kereta Satria suami aku (WFJ 6646) aku geli nak naik kreta tu..... GELIII....

Lelaki berkahwin buat pasal dalam rumahtangga...aku tak heran dengan cerita nie... yang aku heran tentang perempuan yang dah bersuami yang ada hubungan dengan lelaki lain.

Aku kesian dengan suami perempuan ni bila perempuan ni cakap kat suami aku yang dia sayangkan suami aku macam dia sayangkan suami dia.... Subhanallah.... kenapa perempuan nie????? Gila ker apa????

Aku pernah pergi office perempuan ni tapi dia taknak jumpa aku. Tak apa...aku cakap kat dia kalau dia tak putus hubungan ngan suami aku, macam mana aku boleh cari dia, macam tu aku boleh cari suami dia. Dan akan kuceritakan tentang hubungan dia dengan suami aku yang dah mengjangkau 2 tahun nie....

Dan dan dia call suami aku dan mengadu apa aku dah buat. Salah aku???

Kemudian dia sms aku dan kata hubungan dia dan suami aku dah putus dan jangan ganggu hidup dia lagi.... Huh???? Ganggu hidup dia????

Sapa ganggu hidup siapa nie??? Dia lupa dia dah ganggu hidup aku selama 2 tahun???

Dia juga suruh aku jaga suami aku dan Allah melihat apa yang aku lakukan.... Wa caaaaaa.....

Terasa sangat aku nak letakkan tapak kaki aku kat muka dia bila dia cakap macam nie....

Ingatkan ALLAH??? Aku jawab pada dia... sapa yang perlu ingatkan ALLAH..aku sentiasa ingatkan ALLAH...tapi adakah dia ingatkan ALLAH???

Aku ingatkan dia, masa dia melangkah dari rumah untuk berjumpa lelaki lain (suami orang) adakah dia ingat ALLAH??? Masa dia tinggalkan suami dia utk berjumpa lelaki lain adakah dia ingatkan ALLAH? dan ketikat dia kata dia sayangkan suami aku macam dia sayangkan suami dia...adakah dia ingat ALLAH??? Apa nie....

(SEMUA SMS DARI DIA MASIH AKU SIMPAN UTK JADIKAN BAHAN BUKTI SEKIRANYA BERLAKU APA2 KEMUDIAN HARI)

Aku suruh dia minta ampun dari suami dia.... lantak dia la apa nak jadi kat dia...

So...tujuan aku buat entry ni???? Nak ingatkan pada isteri2 diluar sana agar berjaga2 dengan perempuan bernama LAILATUL BADARIAH ABD LATIF (012-6959172)Aku hafal no ni sampai mati... Dia tgh cari mangsa terbaru utk menjadi teman tempat dia meluahkan perasaan duka dengan keadaan rumah tangga dia. Dia banyak cerita kisah rumah tangga dia pada suami aku... Minta belas kesian....

Well Cik Laila... for me u are nothing... for my husband, u are just a piece of meat (ikut kata2 Afdlin dalam filem Gubra).

If i know u still contact with my husband in anyway.... i will know what to do.... husband u sakit... jaga husband u... jangan buat dia bertambah sakit kalau dia tau cerita u....

WAAAAA CHHHHAAAAAAA........

Wednesday, June 3, 2009

Hilang Anak

Aku baru baca blog Elin pasal kawan dia hilang anak kat Tesco...

Betul ke Tesco sanggup tutup pintu untuk cari anak orang???

BOHONG!!!!! SAYA TAK PERCAYA!!!!!KENAPA???

Hari Sabtu lepas iaitu pada 29hb Mei 2009 aku pi shopping ngan hubby dan anak ke Tesco Ampang..... Tengah belek2 diapers, tetiba hubby aku tanya mana Azam. Dia kata Azam hilang masa main cak cak ngan dia. HILANG SEKELIP MATA!!!!!!!

Tak nak panik...aku dan hubby start cari... manala tau jumpa...

Lepas 15 minit cari dan tak jumpa2, aku dah start panik nie.... air mata dah nak kuar nie... sambil mulut membebel sorang2.... "Abang...abang kat mana??? Abang pi mana??? Mana ibu nak cari abang????"

Sekejap2 aku call hubby tanya kalau2 dah jumpa Azam. Sepanjang mencari tu kami sentiasa berhubung.

Letih, aku jumpa dengan security guard kalau2 nampak anak aku terlepas. Dia suruh pergi beritau kat information counter...

APA JAWAPAN MANUSIA YANG DUDUK KAT INFORMATION KAUNTER TU???

"Kami tak boleh buat apa-apa la kak" Korang bayangkan, kalau korang hilang anak, mengadu kat information counter tu dengan harapan nak dapatkan pertolongan tapi jawapan yang korang dapat macam tu....apa perasaan korang wahai ibu-ibu????

Aku balik ke sequriti guard tu dengan muka panik aku. Aku cakap ngan dia apa manusia kat information counter cakap.

APA JAWAPAN SI SEKURITY GUARD GEMOK TU??????

"Akak dah cakap kat diaorangkan, nanti kalau ada orang jumpa dia pulangkan le ke information kaunter tu....." pas tu dia sambung sembang ngan kawan dia...

Kalau DIPULANGKAN...kalau TAK?????

Aku fikir, diaorang yang kerja kat TESCO AMPANG tu, ramai yang pegang walkie talkie. Kalau tak bleh buat announcement minta org ramai tengok2kan budak yang terlepas nie kenapa diaorang tak leh tolong war2kan antara pekerja diaorang yang pakai walkie talkie nie utk tolong carikan anak aku....ada plak tu yang pakai kasut roda...boleh bergerak lagi pantas dari aku yang terkedek-kedek ni.....

Aku memang panas hati campur hiba sebab orang buat tak tau anak aku hilang....Mungkin pasal itu bukan anak diaorang.

Nasib baik aku jumpa anak aku lepas hampir setengah jam mencari.

Yang herannya, anak aku keluar dari ruang membeli belah ke ruang anak2 bermain dengan bawa roti sebuku dan chipsmore sebungkos...belum bayar...sekalai lagi BELUM BAYARRRRRR....

Bukan ker kat kaunter pembayaran ada detector...boleh kesan barang2 yang dibawa keluar tanpa di bayar?????

So...dimana keberkesanan system, kat Tesco??? Apa fungsi sekuriti guard diaorang??? Apa fungsi informatuion counter diaorang???? Apa fungsi walkie talkie diaorang??? Apa fungsi kasut roda diaorang??? Apa fungsi PA system diaorang????

LU FIKIR LA SENDIRIIIIIIIII!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, June 2, 2009

Kentucky Fried Chicken

Ibu asik buat title pasal makan jekkkkkk... Ini pun cerita Azam. Kalau tengok lambang-lambang Shell, Petronas, Esso, Mobil, BPH...semua dia dah tau.... Termasuklah Mek Onel....A Ef C....


Sejak awal bulan lepas, beberapa kali janji ngan Azam nak beli A Ef C....tapi sebab sibuk dengan activiti sendiri, selalu lupa. Bila Ibu balik dari kerja selalu dia terpa ke pintu tengok apa ada kat tangan Ibu. Selalu Ibu cuma beli ler ler (gula-gula) kat kedai bawah rumah. Tak pun beli ler let atau aikremm. Selalunya dia tak kisah dan terima apa yang Ibu beli (mungkin pasal tak pandai protes lagi)


Eh.... KFC ada jual spegetti ke?

So.....minggu lepas hari Rabu kalau tak silap Ibu pergi ke drive through KCF kat Kuchai Lama dan beli la guna kupon Petronas... Dapat la 5 ketui ayam, wages (Ibu abiskan wages ni dalam kereta) dan 2 float (bestnyer...batuk pun minum jugak).

Sampai rumah Ibu masuk dan berdiri kat pintu. Tak macam hari2 sebelum nyer, Azam terus duduk depan tv tengok Geng Bas Sekolah (GBS), tak hiraukan ibu. Beberapa kali Ibu panggil pun dia buat tak tau. Boring kot sbb Ibu berjanji banyak kali nak be A Ef C tapi tak dapat2.

Last sekali Ibu panggil dia dan tunjuk apa kat tangan Ibu. Tak menyahut panggilan Ibu, tapi cuma memandang sekilas (endah tak endah). Tapi ekor mata dia terperasan plastik bag KFC. Eh..eh... A Ef C aaaaa..... Terus dia bangun dan dapatakan apa ada kat tangan Ibu.

Itu la cerita anak yang mengidam....hehehehe

Adik

Adik dah start mengiring.....yeh...yeh..... tak lama lagi dia meniarap.... duduk.....bertatih....jalan...lari.......sekolah......masuk U,...dapat gf....kawin....





Eh....melalut plak ibunyer ni....adik baru jek 4 bulan........(ibu dah berangan nak bermenantu..hehhhheehehehe. Sapa2 ada anak perempuan yg ibu boleh booking?????)

Azam

Azam.....

Anak kesayangan...mungkin sebab dia anak pertama yang survive lepas kematian kedua orang abangnya. Manja jangan cakap la....Degil...pun jangan cakap laaa....Lebih-lebih lagi sejak ada adik. Tak mendengar kata. Rotan je yang boleh buat dia dengar cakap kita. Kalau ayah dia, pakai jentik telinga. Yang herannye, kalau cakap orang lain dia ikut. Autanya pun kuat. Ayah dia kata "auta kare"... apa bendanye kare tu???


Ini la wajah-wajah Azam yang nangis lepas kene jentik telinga. Bukan sakit pun. Kengkadang jentik tak kene, raung dia yang kuat. Memang auta...... Adik nanti macam mana??? Auta jugak?????