Wednesday, January 23, 2013

Kerana Anak-anak

Assalamualaikum...

Saya nak sambung cerita semalam, apa yang saya buat dalam masa 3 tahun selama mana saya tidak membuat apa-apa entry di blog ini.

Bermula dari bulan August 2009, ketika saya masih bekerja dengan Zamran, dan selepas saya melahirkan anak kedua, saya mula berfikir tentang masa depan anak-anak saya. Bagaimana saya harus mencorak kehidupan mereka. Saya pasti perkara yang sama difikirkan oleh semua ibubapa di luar sana. Bagaimana kalau... kalau... kalau... dan terlalu banyak kalau yang terlintas difikiran saya. Adakah anak saya akan jadi manusia (orang-orang dulu selalu guna kata-kata ini)? Akan berjayakah anak saya nanti? Sampai peringkat manakah pelajaran anak saya nanti? Bagaimana dengan agama anak saya? Mampukah saya mendidik anak-anak saya menjadi muslim yang sejati? Pendek kata, akan berjaya dengan cemerlangkah anak saya di dunia dan di akhirat kelak?

Rupanya, bila kita mempunyai fikiran sebegitu, ia juga menjadi pendorong kepada kita untuk memperbaiki diri kita sendiri. Saya mula mencukupkan solat saya. Sebolehnya saya perbaiki dengan seboleh-bolehnya solat apabila masuk waktunya. Saya tak mau nanti anak saya berkata "Kenapa abang/adik kene solat? Ibu/ayah tak solat pun" "Kenapa kene buat begitu sedangkan ayah/ibu tak buat pun".

Begitu juga dengan pelajaran. Apa yang boleh saya katakan kalau anak saya tak nak belajar bila dia mula bersekolah nanti? Perlukah saya guna cara kekerasan supaya dia belajar? Bagaimana kelak jika dia berkata "Kenapa abang/ adik perlu belajar pandai-pandai? Ibu pun cuma ada SPM/STPM. Memang la ibu dulu ada belajar kat universiti tapi ibu drop out kan? (drop out ketika di UNITAR)" Oooppsss... mana saya nak letak muka nanti? Jadi, saya ambil keputusan yang saya perlu berbuat sesuatu.

Bermula dengan diri sendiri, saya daftarkan diri kembali sebagai pelajar di UTM. Course apa? Emm... selama ini, sejak saya mula bekerja, saya merupakan seorang secretary, personal assistant kepada top management walhal saya tak pernah mengikuti mana-mana kursus secretarial :). Malahan, pekerjaan terakhir saya ketika bersama Zamran, adalah sebagai Projek Secretary kepada General Manager. Melalui GM ni la saya belajar membaca architectural drawing, structural drawing dan segala bagai drawing (masih banyak yang saya tak faham). Jadi, melalui pengalaman kerja saya, seharusnya saya mengambil kursus kesetiausahaan atau building management atau apa-apa yang berkaitan dengan construction atau land development. Tapi saya mengambil keputusan untuk ambil course Business Administration (Executive Diploma).

August 2009 bermula perjalanan saya sebagai pelajar part time Executive Diploma diusia 39 tahun. Dalam kelas yang penuntutnya seramai 20 orang, saya saja yang ada anak yang masih baby. Masa tu Azim baru saja 7 bulan. Ada ketikanya saya bawa anak saya ke kelas bila babysitter saya tak ada. Pembelajaran selama 15 bulan seakan tak terasa bila saya akhirnya dapat menyudahkan pembelajaran saya. Dan pada 17 Disember 2011, saya berjaya mendapat diploma saya disaksikan dewan UTM Jalan Semarak (saya lupa nama dewan).

Sekarang, saya sedang survey beberapa universiti yang boleh menerima Executive Diploma saya untuk saya lanjutkan pelajaran saya ke peringkat Executive Master. Yang penting tak melibatkan ongkos yang banyak. Saya kene bayar sendiri ye, jadi survey kos yang paling rendah amat penting buat saya.

Jadinya, 2013 ini akan menjadi saksi saya kembali sebagai pelajar di usia 42 tahun. Ada sesiapa nak join saya?

Tuesday, January 22, 2013

Saya menulis lagi....

Assalamualaikum....

Last entry saya pada December 2009. Lama betul tak menulis...

So, apa yang berlaku sepanjang 3 tahun ni? Apa ye yang boleh diceritakan?

2010 - Bulan May saya behenti kerja dari Zamran Sdn Bhd selepas berada di sana sejak 2007. Sangat sedih meninggalkan company ni. Dalam banyak2 company saya kerja, Zamran merupakan tempat yang banyak memberikan kenangan pahit manis pada saya. Yang bestnya suasana kerja di situ. Keakraban antara staff tak kira dari ranking mana pun sangat ketara. Macam adik beradik walaupun kami berlainan bangsa dan berlainan kewarganegaraan.

Ketika saya join Zamran, pejabatnya merupakan sebuah banglow dua tingkat di Kampung Tunku, PJ. Suasana banglow yang ala Bali sangat tenang dan nyaman. Di sisi banglow terdapat gazebo yang besar buat kami beristirehat selepas waktu kerja (yang mana selalunya cuma pak guard je yang duduk kat situ). Di sekeliling banglow ada kolam ikan yang berupa parit besar selebar 1 meter. Isinya... lebih kurang 10 ekor ikan kap jepun yang sebesar paha saya. Ada dapur yang sangat besar tempat di mana saya akan masak sekurang-kurangnya sebulan  sekali bila mana ada keraian di office. Senang cakap, saya ni chef di office tu.

Pada 2009, Dato Alex, majikan kami mengambil keputusan untuk berpindah ke tempat yang lebih bercirikan  PEJABAT. Jadi kami berpindah la ke 3-2 Square Commercial Centre, PJ. Di mana silapnya, bisness tidak berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan. Gaji mula tertunggak, epf dan socso tidak dibayar (sehingga company ditutup, epf dan socso tetap tidak berbayar). Walaupun macam tu, kami tetap pergi kerja seperti biasa. Memangla ada rungutan tapi tak ada siapa yang buat laporan. Hingga pada April 2010, saya ambil keputusan untuk berhenti kerja dan akhirnya pada 30 Mei 2010 saya melangkah keluar dari company tu dengan hati yang sangat sedih. Bukan saya seorang yang melangkah keluar pada tarikh tersebut, tetapi bersama-sama saya 4 orang lain juga mengambil keputusan yang sama termasuk bos saya.

Akhirnya 2011 (kalau tak silap saya), operasi Zamran Sdn Bhd ditutup secara rasminya. Untuk bekas rakan sekerja saya, saya rindu kamu semua...
                                                       Antara Ex-Staff Zamran Sdn Bhd