Wednesday, June 3, 2009

Hilang Anak

Aku baru baca blog Elin pasal kawan dia hilang anak kat Tesco...

Betul ke Tesco sanggup tutup pintu untuk cari anak orang???

BOHONG!!!!! SAYA TAK PERCAYA!!!!!KENAPA???

Hari Sabtu lepas iaitu pada 29hb Mei 2009 aku pi shopping ngan hubby dan anak ke Tesco Ampang..... Tengah belek2 diapers, tetiba hubby aku tanya mana Azam. Dia kata Azam hilang masa main cak cak ngan dia. HILANG SEKELIP MATA!!!!!!!

Tak nak panik...aku dan hubby start cari... manala tau jumpa...

Lepas 15 minit cari dan tak jumpa2, aku dah start panik nie.... air mata dah nak kuar nie... sambil mulut membebel sorang2.... "Abang...abang kat mana??? Abang pi mana??? Mana ibu nak cari abang????"

Sekejap2 aku call hubby tanya kalau2 dah jumpa Azam. Sepanjang mencari tu kami sentiasa berhubung.

Letih, aku jumpa dengan security guard kalau2 nampak anak aku terlepas. Dia suruh pergi beritau kat information counter...

APA JAWAPAN MANUSIA YANG DUDUK KAT INFORMATION KAUNTER TU???

"Kami tak boleh buat apa-apa la kak" Korang bayangkan, kalau korang hilang anak, mengadu kat information counter tu dengan harapan nak dapatkan pertolongan tapi jawapan yang korang dapat macam tu....apa perasaan korang wahai ibu-ibu????

Aku balik ke sequriti guard tu dengan muka panik aku. Aku cakap ngan dia apa manusia kat information counter cakap.

APA JAWAPAN SI SEKURITY GUARD GEMOK TU??????

"Akak dah cakap kat diaorangkan, nanti kalau ada orang jumpa dia pulangkan le ke information kaunter tu....." pas tu dia sambung sembang ngan kawan dia...

Kalau DIPULANGKAN...kalau TAK?????

Aku fikir, diaorang yang kerja kat TESCO AMPANG tu, ramai yang pegang walkie talkie. Kalau tak bleh buat announcement minta org ramai tengok2kan budak yang terlepas nie kenapa diaorang tak leh tolong war2kan antara pekerja diaorang yang pakai walkie talkie nie utk tolong carikan anak aku....ada plak tu yang pakai kasut roda...boleh bergerak lagi pantas dari aku yang terkedek-kedek ni.....

Aku memang panas hati campur hiba sebab orang buat tak tau anak aku hilang....Mungkin pasal itu bukan anak diaorang.

Nasib baik aku jumpa anak aku lepas hampir setengah jam mencari.

Yang herannya, anak aku keluar dari ruang membeli belah ke ruang anak2 bermain dengan bawa roti sebuku dan chipsmore sebungkos...belum bayar...sekalai lagi BELUM BAYARRRRRR....

Bukan ker kat kaunter pembayaran ada detector...boleh kesan barang2 yang dibawa keluar tanpa di bayar?????

So...dimana keberkesanan system, kat Tesco??? Apa fungsi sekuriti guard diaorang??? Apa fungsi informatuion counter diaorang???? Apa fungsi walkie talkie diaorang??? Apa fungsi kasut roda diaorang??? Apa fungsi PA system diaorang????

LU FIKIR LA SENDIRIIIIIIIII!!!!!!!!!!!!!!