Wednesday, July 29, 2009

3 tahun

28hb Julai 2009, genap 3 tahun umur Azam. Tak sangka dah makin besar "my little baby boy".
* Inilah budaknya yang menyebabkan ibu duduk di hospital selama 2 bulan sebelum melahirkan dia.
* Inilah budaknya yang menyebabkan ibu terpaksa berhenti kerja di awal kehamilan atas nasihat doktor.

Sudah 3 tahun rupanya Muhammad Azamuddin
* Inilah budaknya yang menyebabkan perut ibu kene lapah masa nak keluarkan dia.
* Inilah budaknya yang menyebabkan ibu kehilangan 4.4 liter darah masa melahirkan dia.
* Inilah budaknya yang menyebabkan ibu sentiasa resah, takut kehilangannya seperti ketika ibu kehilangan abang-abangnya.


Teruja dan malu-malu bila disuruh tiup lilin

* Inilah budaknya yang ketika lahir hanya seberat 2.49kg
* Inilah budaknya yang ibu belek dan kira jari jemarinya (takut jari jemari tak cukup) ketika kali pertama ibu dipertemukan dengannya.


Kek harijadi Azam beli kat Secret Recepi

* Inilah budaknya yang buat ibu tak tidur malam bila dia menangis akibat kembung atau laparkan susu.
* Inilah budaknya yang jadi teman tidur ibu setiap malam sehingga hari ini (walaupun dah ada adik)


Makan yang dimasak untuk 20 orang tapi yang dijemput tak sampai 5 orang pun



Tengok.... berapa banyak piring dan mangkuk



Tunjukkan hadiah yang dibeli Aunty dia


Walau apa pun, abang tetap buah hati ibu. Biar 10 orang adik beradik abang ada, abang tetap jadi kesayangan ibu. Tapi abang jangan la nakal sangat. Bila abang nakal ibu selalu pukul abang tapi lepas tu ibu sedih. Ibu kesian tengok abang kene pukul atau kene jentik ngan ayah. Tapi abang memang terlalu nakal.




Wajah-wajah adik

Abang suka buli adik. Abang selalu berangan jadi Ultraman dan tumbuk adik. Semalam abang pijak adik. Kenapa yekkk... Abang cemburu dengan adik ker? Ibu tak rasa abang benci adik sebab abang selalu main dengan adik dan buat adik ketawa. Tapi abang macam nak lepas geram bila abang buli adik. Jangan la macam tu. Kesian pada adik.



Wajah-wajah adik

Tapi macam ibu cakap tadi, ibu, ayah, atok, nenek, aunty2 dan uncle2 semua sayang abang. Malahan kawan2 ibu pun sayang abang.


Adik sangat terexcited nampak belon


Sekali lagi ibu nak pesan pada abang, jangan nakal2 ye...
HAPPY BIRTHDAY ABANG








Sunday, July 26, 2009

Bibik vs Baby sitter

Ingat tak entry pasal aku yang kene darah tinggi??? Kenapa kene penyakit ni... Tension... macam-macam tension. Dan aku pun telah mengambil keputusan untuk menggunakan khidmat pembantu rumah.

Alhamdulillah.... Bibik dah ada kat rumah aku sejak 3 minggu lepas... Hasilnya??? Tekanan darah dah turun 134/82. Tapi yang aku tau, bila dah kene tekanan darah tinggi ni, walau dia dah turun, bila2 boleh naik semula... harap2 jangan la begitu.

Jadinya, sejak ada bibik ni, rumah aku tersusun la skit. Tapi aku dan bibik akan cuba perbaiki lagi rumah tu. Orang mesti tanya kenapa sebelum ni tak diperbaiki... sebab tak ada orang nak tolong. Semangat pun kurang la skit.





Bibik, Azam dan Azim

Anak aku si Azam memang suka sangat kat bibik kus nie. Masa mula-mula aku ambik bibik kat Taman Melawati bulan puasa tahun lepas, dia dah suka kat bibik. Nampaknya serasi sangat. Bibik pulak jenis sukakan bebudak.

Dia nie rajin, tapi kene tunjuk dan bagitau apa yang kita nak dia buat. Setakat nie alhamdulillah. Tapi dia nie ada plan nak kawin lepas raya haji. Tak per la... Tapi dia kata dia masih nak kerja ngan aku kalau kawin pun. Insyallah.......


Kak Na, Kak Ngah, Azam dan Azim
Ini baby sitter anak-anak aku yang duduknya hanya di tingkat bawah rumah aku. Kak Na mengasuh Azam sejak Azam umur setahun. Masa nak cari baby sitter ni banyak perkara yang aku pertimbangkan. Sebelum jumpa Kak Na, ada satu rumah tu, pun kat tingkat bawah rumah aku, aku hantar Azam ke sana. Tapi tiap kali amik Azam, aku perasan Azam seolah-olah diselaputi tepong. Maklum la, penghuninya buat kuih tiap hari (berniaga sarapan). Baju Azam mesti berdaki. Tu yang tak tahan tu.
Dua hari sebelum hantar Azam ke rumah Kak Na, aku dan ibu pi ziarah rumah dia. Nak jugak tengok orangnya macam mana. Dan environment rumahnya macam mana. Aku dan ibu puas hati sebab:-
1) Orangnya bersih, tak selekeh (tak macam orang yg lagi satu tu)
2) Rumah dia bersih
3) Dia, suaminya dan anak2nya sangat sukakan budak. Memang nampak sangat dia sayangkan bebudak. Anak2 dia baik yang lelaki dan perempuan semua sayangkan bebudak
Syarat no 3 tu yang penting bagi aku. Orangnya penyayang.

Abang dan Mak

Abang panggil Kak Na "MAK". Suami kak na dia panggil "ABAH". Keluarga nie jenis orang yang tak berkira. Aku banyak terhutang budi pada keluarga nie. Ada masa aku perlu balik lambat dari kerja atau pergi ke tempat2 yang tak boleh bawa budak, aku titipkan anak aku kat dia. Tak pernah dia menolak kecuali dia ada hal. Hari Sabtu dan Ahad pun dia terima. Sampaila bila aku beranak dan hantar Adik juga ke situ.
Masa amik keputusan nak ambik bibik, aku ambil masa yang lama nak beritau pada Kak Na. Aku takut kalau2 Kak Na kecik hati. Tapi alhamdulillah. Dia mengerti. Tak jadi masalah pada dia.
Sekarang, walaupun aku dah tak hantar kedua-dua anak aku pada dia, hubungan kami masih baik. Semuga hubungan ni berkekalan selamanya. Amin...

Steamboat

Hahahaha...... kami ber steam boat lagi...

Bestnyerrrrr...... tak ada kata-kata yang mampu diucapkan... tengok jek la gambonyer yekkk....




Di luar restoran


Azam yang tak abis-abis posing



Adik... tiap kali pi makan dia tido



Ayah yang tengah mengawal anaknya yang start nak buat perangai



Bibik mengelamun jauh teringat boyfren di Shah Alam




Slow cooker untuk steamboat. Mana makanannyer...
Sorry la.....
Dek asyik sangat makan sampai tak ingat, terlupa amik gambo makanan...
Lain kali jek la kasi korang kecur...
hehehehehhe



Wednesday, July 22, 2009

Bangang!!!!

Tension aku ngan orang-orang yang banggang nie
Banggang!!! Banggang!!! Banggang!!!

N1H1 dan Denggi

Sibuk seluruh dunia dengan penyakit nie.... negri....
Setakat semalam lebih 700 org seluruh duani mati sebab di serang khinzir... eh salah... diserang selsema khinzir....


Akibat selsema ini jugalah maka En Waris (suamiku) bercuti selama seminggu. Cuti paksa.
Punya la suka pakcik tu dapat cuti tanpa record. Kenapa kene bercuti... sebab kat kem sungai besi (suami ku itu kan mat tiarap-askar) dan MTD lebih kurang 400 orang dikhuatiri dijangkiti dengan H1N1 nie....


Aik... risau aku dibuatnya... dah la kat area nie ada penularan demam denggi... ada 6 kes.. dan selang 2 hari ada jek jabatan kesihatan datang sembur asap. Lemas jugak laaa.... Mesen asap tu satu hal plak... bunyi dah la kuat bangettt.... Azam takut btul ngan bunyi nie... Adik nangis2 sbb mata pedih... Aku pun nangis sama... sebab adik nangis...


Rumah aku pun sejak menjak nie aku jumpa beberapa ekor nyamuk. Siap dah "merening" bontotnya dengan darah ntah sapa-sapa (adakah daraih suamiku?? aku?? anak2 ku??) Uhhhh... tidak la rela aku menderma darah kepada nyamuk2 ini....

Perlukah aku membeli kelambu?????

Tuesday, July 21, 2009

Demam

Semalam aku EL.... macam ni lah orang kalau ada anak kecik... Asik EL jek..

Azam dan Azim demam.. Huh... takut bab demam-deman nie. Maklumlah musin H1N1. Nauzubillah....

Balik dari office Isnin lepas tengok adik monyok jek... Abang ok lagi... Dokong adik macam biasa, rasa dahi dia... mak aiii... panas.... Nasib baik ada ubat demam dan nasib baik adik jenis tak ada kerenah makan ubat.

Abang plak, perasan badan dia panas masa kasi adik makan ubat kul 2 pagi... Ishhhkkk... apa hal dua-dua bebudak nie demam??? Dah la abang nie jenis liat makan ubat (menurun ayah dia). Macam biasa, muntah dan segala macam isi perut kuar...

Jadi, oleh kerana ibu ini adalah ibu yang solehah... dan kerana berjaga malam, menjaga anak yang sakit itu besar pahalanya... maka itu lah yang ibu ini lakukan...

Abang kebah cepat, macam tu jugak adik.

Pagi tadi, kepala adik dah suam-suam kuku. Tapi masih lagi beri dia ubat demam dan dah pesan kat bibik untuk beri adik dan abang ubta kul 1 tengahari... Nanti aku call rumah check kalau2 dia dah beri ubat ker blum...

Cepat sihat anak-anakku...

Thursday, July 16, 2009

Port Dickson

Kami sekeluarga dah lama tak pi bercuti. Last bercuti, pergi ke Langkawi tahun 2007. Ingat lepas trip tu nak ler pergi jenjalan tempat2 lain... apakan daya.. perut plak membuyung. Maklumlah, makcik nie kalau mengandung tak leh jalan jauh2. Jadi paln tu hanya tinggal plan jek la....


Oleh kerana dah lama sangat tak bercuti bapak bebudak ni ajak ler pi jenjalan. Dekat jekkk... kat PD. Ok la tu... Ni pergi bercuti main redah jek nie. Tak der booking bilik ker hotdel ker... ajen pelancongan jauh sekali... So... sabtu lepas berlepas lah kami anak beranak ke PD.... Macam yg dibagitau tadi, pergi tu main redah... Haaaa.... amik kau.. redah dari satu hotel ke satu hotel cari bilik. FULL HOUSE.....


Sampaila kitaorg tiba kat Keynes Resort... Hampir kul 2 ptg masa tu... Nasib baik ada tinggal 1 bilik jek.. standard room, 2 single bed, ngadap pantai... ala... kira ok la tuuu... Nak macam mana kan???? Tak yah cerita banyak la... Tengok je la apayg dah terjadi... heheheh




Wahhh... selalu terperuk kat rumah, ari nie dapat lepas bebas... ohhh... ini pasir ekkk???? Ni kabel apa????? Gayut jap.....




Daku ditepi kolam... uuuhhhh.... posing skit....


Gaya adik yang suka "ngoyoh"



Sambil mandi abang mengurat perempuan (menurun ayah dia). Adik plak mandi kolam, malamnya ibu yang tak tido sebab adik kembong perut.



Dua beranak yang gila durian

Begitu la ceritanya. Tapi lain kali nak pi PD dah tak der problem... Aku dah beli property kat sana... hehehehe... sila-sila la ke Mayang sari Resort... sebelah the Corous...





Tuesday, July 14, 2009

MRCA at Prima Klang Avenue

Hari Sabtu, 3hb July aku kene pi site sbb ada site seeing oleh orang-orang dari MRCA. Seramai 15 orang yang datang ke Pusat Perniagaan Prima Klang. Dia orang pi tengok keseluruhan tapak projek .




Mr. Nimish dan Mr. Ganeson menjadi host event hari tu. Korang nampak tak projek manager kecik tu??? Ishkkk... sibuk betul budak nie. Aku sebenarnya terpaksa bawak kedua2 anak sebab tak der baby sitter ari tu. Baby sitter balik ke Kelantan, anak nyer nak bertunang. En Suami pulak duty 24 jam... Terpaksa la bawakkkk.



Ni... nak memperkenalkan baby sitter- baby sitter tak bergaji aku... hehehehhehe


Aida jaga Azam... Thana jaga Azim.....

Steam Boat

Waaa.... lama btul tak update blog.... sibuk memanjang.... nak pengarang pun kurang idea sebab mental mengalami kepenatan yang amat. Walau begitu, kami sekeluarga sempat meluangkan masa bersama2 berjalan2 di malam hari ke Jaya Jusco Balakong.



Wajah bahagia kami sekeluarga... hahahahha
Azam tak habis-habis dengan kuda nya. Tak bagi naik nanti nangis plak. RM5 tiap 5 minit. Nasib baik la bapak kau baru dapat gaji masa ni Zam... Mau ler dia melayan kerenah kau....



Adik dengan baju Oshkosh pertamanya dan stroller barunyer...


Adatla kan... bila jenjalan, lapo.. Jadi kitaorang pun ke kedai kegemaran kitaorg.... Jonny Steamboatttt..... Stim kauuuu......



Nampak tak Azam tengah pilih menu????
Namun begitu, kai takl puas makan steamboat ari tu... jadi, kami pergi lagi..... selang seminggu kemudian....

Makanan dan Azam yang perasan handsom




Tuesday, July 7, 2009

Aku yang sibuk

Sibuk... aku sangat sibuk kebelakangan ni. Sejak dari MOD @ Sarakids, macam-macam benda nak buat.


Tiap hari kerja macam biasa. Sekarang tgh sibuk plak promosi biskut-biskut raya untuk hari raya. Sibuk tempah bakul-bakul dan pilih barang2 untuk hamper hari raya (sesiapa nak tempah hamper hari raya di alu2kan sekarang. Nanti akan ada entry untuk hamper dan biskut raya nie - free delivery untuk Klang Valley area.


Aku jugak sibuk tengah buat planning untuk berniaga pasar ramadan. Haaaa... ini sesuatu yang baru. Walau berniaga nie dah macam jadi darah daging, tapi berniaga pasar ramadan ni ... jual ikan bakar lagi... belum pernah aku buat.


Tukang siang ikan, tukang buat sambal dan air asam, tukang bakar ikan dan segala tukang semua dah ada. Sekarang tugas aku untuk jadi tukang kuar duit plak. Plan... jangan tak plan... kang ada yang untung makan asap plak.


Semalam dah pi medical check up dan suntik TY2. Ini suntikan untuk pengusaha-pengusaha gerai makanan. Nanti ada kursus lagi. Lokasi???? Akakn diberitau kelak.


Rumah??? Masih porak peranda. Lagi sibuk, lagi tak berkemas. Tunggu bibik sampai ari ahad nanti.


Untuk pengetahuan semua, akibat kesibukan dan tekanan serta stress yang aku hadapi, maka aku telah dianugerahkan penyakit darah tinggi. Haaaa.... tak pernah terfikir akan dapat penyakit nie. Masa mengandung pun tak pernah hipertension. Tup tup... darah naik 158/105. Wahcaaaaa.........


Apa sudah jadi????? Itu bacaan pada 26 June. Semalam masa amik suntikan TY2, bacaan 140/100. Ikkksshhhhh.... masih tinggi tuu... macam mana nie???? Skrang nie tgh amik ubat kurangkan kolesterol dan minyak ikan. Ubat darah tinggi blum amik lagi. Nanti... tunggu lagi 2 minggu. kalau tekanan masih tinggi, maka terpaksalah aku amik ubat darah tinggi ni untuk prevent daripada dapat strok.


Yang kesiannya family aku la... Suami dan Azam. Diaorg terpaksa makan ikut cara aku. En. Waris tu tak suka sayur rebus masak air. Tapi terpaksa makan jugak sbb aku dah tak nak masak goreng2 lagi. Yang lagi haru... dia terpaksa makan sayur rebus tak bergaram... Ha ha ha.... Bukan sayur jek tak bergaram, masak ikan pun tak bergaram. Terpaksa la pakcik tu berkorban untuk isterinya ini....

Dah la... stop dulu... aku btul-betul sibuk. Lain kali sambung ekkkk....