Tuesday, July 21, 2009

Demam

Semalam aku EL.... macam ni lah orang kalau ada anak kecik... Asik EL jek..

Azam dan Azim demam.. Huh... takut bab demam-deman nie. Maklumlah musin H1N1. Nauzubillah....

Balik dari office Isnin lepas tengok adik monyok jek... Abang ok lagi... Dokong adik macam biasa, rasa dahi dia... mak aiii... panas.... Nasib baik ada ubat demam dan nasib baik adik jenis tak ada kerenah makan ubat.

Abang plak, perasan badan dia panas masa kasi adik makan ubat kul 2 pagi... Ishhhkkk... apa hal dua-dua bebudak nie demam??? Dah la abang nie jenis liat makan ubat (menurun ayah dia). Macam biasa, muntah dan segala macam isi perut kuar...

Jadi, oleh kerana ibu ini adalah ibu yang solehah... dan kerana berjaga malam, menjaga anak yang sakit itu besar pahalanya... maka itu lah yang ibu ini lakukan...

Abang kebah cepat, macam tu jugak adik.

Pagi tadi, kepala adik dah suam-suam kuku. Tapi masih lagi beri dia ubat demam dan dah pesan kat bibik untuk beri adik dan abang ubta kul 1 tengahari... Nanti aku call rumah check kalau2 dia dah beri ubat ker blum...

Cepat sihat anak-anakku...