Sunday, December 20, 2009

Hari Raya Haji

Entry ni pasal Hari Raya Haji yang lepas... lambat skit sebab baru jek dapat pictures dari sepupu... so...tgk la ye....



Ini Uncle Wariman... anak aku panggil dia Tok Jawa...


Seekor lembu di tumbangkan sebagai korban dan aqiqah... Dari tempat penyembelihan, lembu itu dibahagi 4 dan terus di bawa balik ke Linau Kecil, rumah uncle Zahari....



Yang duduk tu suami ku, dia ditugaskan untuk memotong rusuk dan tulang2 lembu. Yang sebelah kiri tu, tuan rumah, Uncle Zahari...

Yang mencangkung tu anak Pak Ngah, tak ingat nama betul tapi kitaorg panggil di Aji.
Kat tembok tu, ibuku dan bibik ku... anak ku??? Eh bibik.... mana bebudak???


Tugas Aji dan Tok Jawa, kira semua bungkusan yang telah siap di timbang dan bungkus.


Ini badan-badan pemerhati... Ayahku, Ibuku dan bibik...
BIBIK!!! apasal kau kat sini??? Mana anak2 aku????



Bila orang lelaki dah penat melapah, maka orang perempuan pula ambil alih.
Yang baju merah tu Aunty Hanim, isteri Uncle Zahari.
Yang nampak kaki tu suamiku, dan yang beso tu, aku la....
Aku plak melapah skit2 pipi dan daging yang ada kat kepala lembu tu sambil mata lembu
tu memerhatikan aku...hhehehehe...seram kan...
Cuba bayangkan kalau muka kita dilapah macam tu... masyallahhhh....


Ok... sebahagian daripada tulang rusuk dan tulang2 lain kitaorg masak sup...
Uh.uh.uh... makan hati la sapa yang balik cepat ke KL ari tu...
dengan nasi impit, dengan sambal kicap cili padi... makan reramai.....
best siut... cuma tak der sup kaki lembu kegemaran ku sajer...


Aku hanya mampu memandang makanan yang penuh dengan kolestrol itu...
Aku rasa la jugak... dapat la 2 ketol... boleh la dari tak merasa langsung...




Baju hitam ialah suamiku, baju biru, adik ipar ku, Wan dan yang tak berbaju itu anakku.. Azam



Inilah orangnya yang bersusah payah tolong tempahkan lembu,
pilih lembu dan tolong bayarkan lembu bagi pihak kami. Ini Pak Ngah ku...

Jadi... hari raya korban yang baru berlalu nie berjaya lah kami mengorbankan seko lembu dan kami dah pun menempah lagi 2 ekor lembu untuk tahun depan. Bagi sedara mara yang nak join tu, kalau tak silap, ada lagi 3 bahagian yang belum berpunya.. so buat la tempahan awal ngan Pak Ngah ye.. Kalau tak cukup 2 ekor, kita tunbangkan lagi sekor...

Wednesday, December 16, 2009

Kesihatan Jantung Anda

Huh...ilmiah betul entry saya kali ini...




Tentu orang tertanya-tanya kenapa entry saya pasal jantung kan..


Sebabnya... saya dah ada masalah jantung ni... 22hb October 2009 lepas, saya kene mild heart attack (mengikut kata doktor HUKM la). Selepas melahirkan anak kecil saya, saya selalu rasa sengal2 kat bahagian atas dada diikuti dengan sengal/sakit bahagian atas lengan. Saya fikirkan kerana banyak mendokong anak. Jadi selama tu juga saya biarkan. Kalau duduk dendiam dan urut2 sikit, sakit tu akan hilang.


Beberapa hari sebelum 22hb tu sengal2 saya tu menjadi semakin tak selesa dan sakit. Saya masih diamkan je.. sampai malam 21hb, sakit tu naik ke leher dan ke bahagian rahang. Kemudian saya teringat rancangan Oprah bersama Dr. Oz (ada gunanyer jugak saya rajin tengok rancangan ni). Saya teringat Dr. Oz kata kalau sakit macam tu maknanyer kita kene serangan jantung. Tapi saya tak berpeluh, sesak nafas dan muntah (simtom2 berikutan daripada serangan jantung).


Jadi, pada 23hb saya pepagi lagi saya dah terjenguk kat Pusat Perubatan HUKM di Bandar Tasik Selatan. Dalam kul 10.30 saya jumpa doktor, kul 11.00 saya dah naik ambulance. Saya cakap kat doktor, saya boleh jalan dan takkan saya nak tinggalkan kereta kesayangan saya kat tepi jalan gitu jek.. Doktor kata tak boleh. Takut kene serangan yang lebih teruk.


Kul 11.15 saya sampai ke HUKM Jalan Yaakob dan terus ke emergency room. Saya terus dipantau dari kul 11.15 tu sampai kul 5 petang. Selama tu 3 kali diaorg buat ECG. Doktor medical amik keputusan untuk saya dimasukkan ke wad. Dan saya dimasukkan ke Wad 6D, tingkat 6 pastinyer.


5 hari disitu, saya dipantau, diberi berbagai ubat2an, dan diberi suntikan untuk mencairkan darah. 1 hari 2 kali, dan sekali 2 suntikan. Suntikan tu dibuat disekeliling pusat... dan selama 2 minggu sekeliling pusat saya lebam hitam (sorry tak der picture...aurat...heheheh).


Saya yang tahun ni jugak dikesan menghidap tekanan darah tinggi (macam2 penyakit sungguh). Saya tak start pun ubat2an utk darah tinggi dengan harapan dapat mengawalnyer sendiri dengan pengawalan pemakanan. Tapi bila dah ada serangan macam ni, saya terpaksa la makan ubat darah tinggi sekali. Yang peliknya, selama saya di hospital, langsung tak ada simptom darah tinggi ni. Mungkin pasal ubat yg diberikan dan mungkin juga saya tak stress ngan kerja dan ragam anak2 (huh... macam ni ker ibu berkata-kata??)


Tapi, bermula dari situ la saya mengubah rutin hidup saya. Kalau selama nie saya parking kereta betul2 di pintu masuk office (supaya saya dapat tengok keselamatan keta kesayangan saya - org lain mesti menyampahkan baca statement saya ni... mcm dia sorang ada keta...), sekarang saya dah parking jauh-jauh. Bermula dengan 250 tapak jarak antara kereta dan office, sekarang saya tambah ke 450 tapak (siap kira tu...) Dan selama nie, saya jenis tak beraktiviti luar, sekarang setiap hari sabtu dan ahad saya akan bawa anak2 saya ke Tasik Permaisuri untuk beriadah. Dengan jayanyer saya dapat berjalan menghabiskan satu pusingan besar tasik tu sambil tolak stroller anak kedua saya (eleh...org lain jogging sampai berkali2, dia jalan satu pusingan pun nak heboh...) well... bagi saya itu kejayaan saya sebagai permulaan. Kalau saya terus all out dan tetiba kene serangan macam mana pulak ..btul tak???


Pemakanan saya pun dah berubah. Saya cuba sedaya upaya mengurangkan pengambilan nasi saya. Sehari sekali dan cuma 2 sudu (nak buang nasi terus tak boleh sbb saya mmg addicted ngan nasi... tengok je la badan saya..) lauk saya.... ikan stim penuh dengan halia dan bawang tanpa walau secubit garam (tawar mmg tawar tapi saya kuatkan hati). Saya amik breakfast tapi saya gantikan lunch saya dengan Juicemate (tgk la kalau2 benda alah ni berkesan utk turunkan berat badan saya ker tidak). Dinner saya macam saya katakan tadi la... sebelum kul 7 ptg, nasi 2 sudu, sayur rebus dan ikan stim.


Banyak makanan kegemaran saya yang terpaksa saya lupakan... terutamanyer...SOTO KAKI AYAM dan MEE KARI KAKI AYAM.... huhuhuhu...kaki ayam walau tak der lemak tapi tinggi kolesterol. Dan buat pertama kalinyer, pada Raya Korban yang baru berlalu, rumah saya tak buat SUP KAKI LEMBU.... ibu buat sup tulang dan saya cuma dibenarkan menjamah saja..... hukhukhuk... nasib badan..


Jadi bagi kengkawan kat luar sana yang agak2nyer berat badan berlebihan, pergi la buat ujian kadar kolesterol dalam badan. Kolesterol yang tinggi punca pada jadinyer penyakit darah tinggi dan jantung nie... Yang kurus pun macam Pn Azwan tu.... pi la check... kurus tak bermakna kolesterol tak tinggi.... sebaiknyer mencegah dari awal ....


Akhir kata bagi entry kali ini... SAYANGI JANTUNG ANDA...

Sunday, December 13, 2009

Anakku Yang Comel

Anak saya cuma 2 orang... dan ini yang bongsu (bongsu???? pastikah???? )




Adik dah pandah jalan tatih-tatih sambil berpaut pada apa saja yang ada.... ini gambar tebaru Azimuddin... saya snap gambar ni semalam


Gambar abang??? Abang dah jemu bergambar.....


Tuesday, December 8, 2009

Shop Blog

Beberapa hari ni saya tengah sibuk mengcreate (apa punya bahasa da...) blog baru.


Blog apa??? Blog baru ni tempat untuk saya berniaga. Selama nie saya tengok saja orang berniaga online dan saya salah seorang yang sangat rakus membeli. Senang jek kan.. tak yah kuar rumah tapi barang yang kita nak datang kat kita.


Jual Apa??? Emmm... saya tak limitkan apa barang yang saya nak jual. Buat permulaan ada la beberapa benda yang dah saya uploadkan dalam blog baru saya tu. Bak kata orang.. Maca-macam ada...


Kalau dah ada product, kenapa tak war2 kan??? Nanti la dulu... saya fikir nak buat soft launching January 2010 ni. Saya nak pastikan semuanya teratur.


Masa soft launching nanti ada berapa banyak produk??? Saya tak pasti lagi... Tapi saya nak start dengan barang2 muslimah dulu kot.


OOOO...produk pakaian la nie ek??? EMMM... bukan pakaian saja... malahan saya akan masukkan kraftangan, tudung, telekung, produk makanan (bahan mentah) dan saya juga akan masukkan resipi (resipi ini free untuk semua...tak yah bayar). Produk2 ini akan saya publishkan satu persatu dalam blog baru saya nie.


Apa address blog baru tu??? Nanti la... bila dah siap semua, saya akan umumkan...


So... itu saja untuk hari ini.....

Sunday, December 6, 2009

Anakku jatuh lagi

Semalam hari ahad, tgh saya sedap tido kul 9 pagi... saya terjaga bila dengar anak kecil saya meraung.


Bergegas saya keluar dari bilik bila suami saya membebel pasal adik jatuh.


Saya tanya jatuh di mana. Dalam bilik air. Macam mana boleh jatuh. Sambil tu saya tengok bibik tengah dukung adik sambil gosok2 dahi adik.


Bibik kata adik masuk bilik air dengan walker dia. Saya tanya... Pintu tak tutup ker??? Dia kata dia baru lepas basuh berak abang dan tengah bersihkan bilik air...


Jawapan dia buat saya MENJERIT MACAM TARZAN...


"Engkau duduk dalam bilik air tak tutup pintu ker??? Berapa kali aku nak cakap... masuk ker..keluar ke dari bilik air, pintu tu tutup la...!!!!! Apa yang degil sangat tanak dengar cakap aku??? "


Apa jawapannyer???


"Gelap..."


Masa dia jawab ... saya macam nak TUMBUK muka dia.. Memang ringan tangan saya nak melepuk kepala bangang dia..


"Kalau tau gelap, bukak la lampu!!!!" "Yang kay duduk buat kerja dalam bilik air, tak tutup pintu dah tu tak bukak lampu tu apasal!!!!!"


Suara saya masih lagi at the very high volume.... (selama nie saya kalau marahkan dia memang keras tapi tak er la menjerit)


Saya amik adik dari tangan dia dan pujuk anak bujang saya tu... Sambil tu bibik terus siapkan kerja dia.


Kemudian, saya perasan suami saya pulak masuk bilik air. Lebih kurang 5 minit lepas tu dia keluar dari bilik air dan terus ke bilik tido bersiap untuk pi memancing.


Bila saya pandang ke pintu bilik air, saya tengok dengan pintu dan lampu tak di padam, sekali lagi saya menjerit...


"AKU BETUL2 TAK FAHAM ORANG RUMAH NI. KALAU BEBUDAK LAIN CERITA. INI ORANG TUA. BARU LEPAS AKU MENEJRIT SURUH TUTP PINTU BILA KUAR MASUK BILIK AIR. NI TAK TUTUP LAGI.. APA NAK JADI DENGAN ORANG RUMAH NIE??? SEMUA NYER TAK NAK MENDENGAR KATA!!!!!!!!!"


Jadi...moral of the story... mana lah saya tak kene darah tinggi.....

Tuesday, December 1, 2009

Hospital Lagi....

Wa.... lama betul saya tak menulis kan... sebab tak der bahan.. tak der cerita.... M.A.L.A.S sebenarnyer.

Ok... saya cuba untuk menilis semula.... apa-apa cerita pun tak apa kan... tapi jangan boring bila tak ada picture dalam blog saya ni.. sebab saya memang sememangnya M.A.L.A.S...

Ahad lepas, jam 10.30 pagi Azim, anak jantan no 2 saya, yang dah start jalan bertatih jatuh terlentang dan kerusi makan yang digunakan untuk memapah ketika berjalan terhempap kat dahi dia.

Hasilnyer.... mulut dan hidung anak saya merembeskan darah... merembes???? Kuar darah laa...
Ibu yang sedang bersarapan ini (sarapan kul 10.30 pagi???) kalut sungguh... Nasib baik dah mandi pagi...

Nangis??? Mesti la anak saya menangis... Sampai tak kuar suara dia menangis.

Tak sampai 5 minit saya dan bibik dah ada dalam kereta menuju ke HUKM. Sampai kat emergency room terus anaksaya dia bawa ke bahagian kritikal.

Selepas di periksa dek 3 orang doktor, diaorg amik keputusan untk observe anak saya kat observation room selama 6 jam...

Alhamdulillah, anak saya tak ada muntah2 atau pengsan / pitam selama berada kat wad tu. Saya tanya, tak nak buat x-ray ker??? Doc kata, since Azim masih kecil, diaorang tak advice buat x-ray coz taknak baby terdedah kat radioactive...

Jadi, kami balik ke rumah kul 6.00 ptg dengan pesanan dari doktor untuk sentiasa perhatikan Azim dalam jangkawaktu 24 jam ini. Sekiranya ada apa2 (muntah /pengsan) maka dengan segera bawa ke hospital.

Maka ibu-ibu di luar, jangan jadi macam saya. Saya lalai jaga anak.. walau dah ada bibik...

Jaga anak bebaik ye...

Sunday, September 13, 2009

Miri - Lepas Sarapan Pagi

ok.... lepas bersarapa pagi tu, kami di bawa ke pusat penternakan buaya... Oleh sebab tadi dah kenyang makan mee jawa, so... malas nak bercerita... korang tgk picture aje lahhh yeee....




Azam dan pak sedara dia




Macam kitaroang, buaya nie pun baru lepas di beri makan. Tu yang tersadai tu.....




Beso.....





Sebegitu ramainya makhluk tuhan ni... cuba bayangkan kalau kita terjatuh dalam kandang... apakah yang akan terjadi???


Sepanjang berada kat sini Azam asik berdokong jek....





Pak Asri dengan bangganya amik gambar dengan sang buaya....
nasib baik tangan Pak Asri tak putus...



Azam main agah-agah dengan sang itik... angsa... eh... itik ker angsa????





Azam dan tupai




Che Indah dan tupai




Kawan Che Iza... hheheheh




Lagi sorang kawan Che Iza




Kami berehat sementara tunggu che kuda....







Azam The Crocodile Hunter



Beri makan rusa



Azam yang sanagt suka naik kuda... aku cadang nak daftar Azam untuk belajar naik kuda di Ekustrian Selangor kat Seri Kembangan tapi belum sempat pergi. Sapa tau boleh ganti Qabil satu hari nanti...









Itu saja la kisah untuk hari pertama......



















Miri - Sarapan Pagi

1st August 2009
Pagi pertama di Miri. Niza dan Amir dah plan nak bawa kitaorang pi sarapan pagi kat luar. Pekena Mee Jawa.. Huh... mee jawa??? Ada jugak ye orang Sarawak yang pandai buat mee jawa ek....
Kitaorang pun pergila ke kedai tersebut... dari jauh dah nampak kedai buruk / warung buruk yang penuh dengan orang.. biar betulll... kat sini ker??? Sorry, tak sempat amik picture. Dari dalam keta dah nampak kakak Amir (June) dan suami serta anak2nya.
June, suami dan anak-anak
Untuk pengetahuan mereka yang tak pernah lagi pi Miri (area lain kat Sarawak aku tak tau), dan bagi mereka yang jenis tak reti nak sabo, perkhidmatan di sini sangattttt llllllllaaaaaaaa lembabnya. Diulang... sangatttt lllaaaaaaa lembabnyaaaaa......
Masa kitarog sampai June dan suami agak2nya dah setengah jam smpi tapi tak dapat air dan makanan diaorg. Dan kami juga menghadapi masalah yang sama....
Tunggu punya tunggu... punya tunggu dan tunggu lagi.. maka agak2nya setelah stgh jam sampai la AIR... blum makanan lagi...
Maka... tunggu dan tunggu lagi... dan....... jeng...jeng...jeng.......

Kepak ayam
Keluar la kepak ayam.... baunya... persisi ayam KFC... (cis... masa menaip nie pun aku terliur.... macam nak bukak puasa plak). Rangup sangat, rasanya.. punyalah sedap... allah je yang tau.... Tengah sibuk aku mnegongges kepak nie, tetiba datang satu bau yang aromanya sangat... kedeboooommmmmm........


Mee Jawa... rupanya memang hodoh... tapi rasanya.....
Benda nie la yang buat aku teringat-ingat sampai aku balik Semenanjung. Masa mee ni aku suap dalam mult, sangat terasa KEGEMUKANNYA... korang paham tak maksudnya??? Meaning, benda ni memang sanagt sedap, siap dengan tulang lembu dia bagi. Rasanya sangat lemak... (cis... dah leleh dah air liur aku nie....) Susah betul aku nak describe bagaimana sangat enaknya mee jawa nie.... yang pasti ari tu je aku rasa betapa makin gemuknya aku dan bertambah2nya kolesterol dalam badan aku.



Budak yang tak tau duduk diam. Orang makan dia sibuk kejar ayam dan kucing. Pas tu kat warung tu ada lah sorang mama muda yang bawa anak2nya yang perempuan kesemuanya seramai 5 orang. Ini budak jantan sudah nampak itu budak perempuan dan mengekor anak mama tu tadi. Sampai masa diaorang nak balik pun Azam boleh cakap nak ikut. Diaorang naik kereta, Azam siap salam dan cium tangan lagi...mungkin dia sudah rasa y ang mama tu bakal jadi mak mertua dia kot???. Huh?????



Rupa orang gemuk yang sedang mengemukkan diri dengan makanan gemuk




Betapa asyik masyuknya Pak Asri





Our host, Niza


So... bagi sesiapa yang nak pi warung nie di Miri, tempatnay berdekatan dengan padang golf...kene lalu main office petronas... bla...blaaa...blaaa... aku tak tau la macam mana nak pi tempat ni... korang cari sendiri.....




Thursday, September 10, 2009

Miri

31st July 2009 - Akhirnya, planning untuk ke Miri sejak December 08 lepas tertunai. Balik dari office kul 1.00 tgh dan terus balik rumah. Jam 4.00 petang aku, azam, ayah dan ibu berangkat ke LCCT dihantar oleh suamiku.
Azam dan Atok
Encik Suami tak ikut sebab kalau diikutkan dia kene kuarantine sbb kat tempat kerja dia seramai 400 orag suspected H1Ni. Jadi diaorg diberi cuti selama seminggu. Tak leh ikut nanti berjangkit kat orang lain. Azim pun tak ikut. Aku titipkan adik dan bibik kat rumah adik. Kenapa tak tinggal jek kat rumah??? Gila kau... Kang kene tangkap basah sang suamiku dengan bibik macam mana????

Azam dan Nenek

Sampai di LCTT dalam kul 5.00 petang. Check in dan bla...bla...bla... Baru kat airport aku dah start nak naik angin. Apasal??? Azam la... tak boloeh duduk diam.. Kesana.. kesini.... penat.. sangat penat... Atok dan Nenek pun penat....


Ibu nie naik keta pun tido, naik bas pun tido, naik kapal terobang pun tido... Ishkkk.. Che Indah... che Indah....

Azam yang tak leh duduk diam walau dalam flight
Dah naik kapal terobang, mulanya Azam macam takut... pegang tangan aku ngan ibu... "abang gang angan ye..." (Abang pegang tangan ye). Aku tau dia takut tapi buat cool jek... Bila flight dah sampai atas, dan dia mula rasa selesa, dia pun mula berpencak silat. Diri atas kerusi, panggil sewerdess, kacau orang depan (sampai org tu boring). Last sekali dia jalan ke depan dan belakang. Mula-mula aku tension jugak sbb dia tak reti diam tapi akhirnya... gasak kau la bang....


Sampai jek Miri, turun flight, dia pun mula la... tak nak berpegang... taknak orang ikut dia... menonong dia jalan sorang2 ikut semua orang kuar. Sabo jek laaaaa..... Yang ibunyer nie terkedek2 mengejo...
Niza dan Amir dah sedia tunggu kami kat airport. Trus balik rumah diaorng dan tido.......








July Babies


Birthday cake of the month


31st July 2009 - Macam biasa office sambut staff birthday of the month. This time, we are celebrating birthday for Mr Nimish, Ramu aand Methew... so.. makan2 time... as usual. U all tgk saja ler picture nyer ye...




Birthday Boys - From left Methew, Ramu and Mr. Nimish




Simple food - Tukang masak nak pi Miri


Upacara calit mencalit cream



Dah kenyang tersandar je... macam ular sawa




Koang... kalau pasal makan.... huh...



Itu dia... sulo termoncong-moncong amik makanan

Itu la upacaranya. So makcik tak leh lama... makcik perlu balik coz flight makcik kul 7.00 ptg.