Sunday, May 31, 2009

Farewell Mr. Chan.....

People must be questioning , why i do this entry in English. Emmmmm...... because of Mr Nimish. He might read this story.... about what happened in this office last Friday (29ht May 2009). So...what happened?

This is what happened.....




The sad face of Cynthia.... loosing her boss

29th May 2009 was Mr. Chan's last day in Zamrans Sdn Bhd. We had a farewell party for him. Althought not all of the staff was at the office, but the party was done very well. Mr Nimish gave a few words, thanking Mr. Chan for what he had done for the company. We can see tears in his eyes... Who???? Whos eyes???? Mr. Nimish laaaaaa........... (he is a soft hearted guy...and romantic too.... hei... how do you know??? I know laaaa......)



The sad face of Mr. Chan

So...continue the story. We can see that Mr. Chan also looks sad. After the eating ceremony...(he he..) he left immidiately. See the pictures.... he was sad....



See the cake..... mango cream...soooo...delicioussssss......
Sulo bought it... good choice Sulo.....

So.... good bye and good luck Mr Chan.... Although most of the time i dont understand what u said and what u are trying to explain ...he..he..he..(expecially when you talk about account..... u will talk...talk...talk...), u are one of the best person to be working with......

For people who are reading this entry...sorry for the bad English....

Tuesday, May 26, 2009

Jeti Umbai


Ni picture masa kitaorang dalam perjalanan balik ke KL dari BP pada 2hb Mei . Singgah kat jeti Umbai / Pulau Besar. Jumpa Arman kat sana sebab dia ada shooting kat situ.

Monday, May 25, 2009

Kemalangan

Ini cerita lama. Tapi saja aku masukkan dlm blog supaya jadi pengajaran kepada semua ibubapa.

Kejadian berlaku kalau tak silap 9 atau 10 August 2007 . Lepas bithday Azam yang pertama. Balik dari kerja hari tu aku masak mcm biasa. Tapi ayahnya sibuk nak makan mee maggie. Dia pun buat la maggie sup. Masa tu Azam ada dekat dengan ayahnya.

Bila maggie dah masak, ayahnya tuang maggie sup tu dalam mangkuk la. Lepas tu dia pusing badan untuk letak kuali yang dia guna untuk masak maggie tu ke dalam singki. Dia tak perasan Azam capai mangkuk maggie tu dan mangkuk tu jatuh atas badan Azam.

Bayangkan badan anak kecil kita tersiram air panas. Air panas berempah mee maggie.

Azam meraung. Aku nie yang tengah leka tengok tv pun bingkas bangun dan dapatkan Azam kat dapur. Aku dah sama2 menangis ngan Azam ni.. Angkat dia masuk bilik air, bukak baju dia. Subhanallah....kulit badan dia tersiat ikut baju yang aku bukak. Aku terus cucur air paip kat badan Azam. Tapi tak lama sebab aku panik. Aku pun terjerit-jerit kat hubby aku. Apa yang aku jeritkan pun aku dah tak ingat lagi.

Aku angkat Azam yang tengah meraung terus ajak suami aku ke hospital. Suami aku amik Azam dari tangan aku dan terus lari turun tangga ke kereta. Aku turun pakai lif. Seingat aku pintu rumah pun kami tak sempat tutup sebab kami panik.

Perjalanan ke hospital aku rasa sangat lambat. Memang lambat sebab suami aku bawa kereta sangat perlahan. Aku ingat masa tu aku jerit2kan dia suruh bawa laju2 pasang hazard. Tapi dia buat tak tau. Dia pun panik mcm aku kot.


Sampai sepital kami terus ke unit kecemasan. Doktor balut badan Azam dan terus hantar dia ke ICU unit kebakaran. Mengikut kata doctor kadar terbakar kulit Azam ialah 10%. Diaorang akan buat emergency operation kat Azam esoknya untuk tampat cologen. 2 keping kologen harganya RM160.00. Itu aku kene beli sendiri.

Aku amik emergency leave seminggu untuk jaga Azam. Azam duduk sepital 4 hari. Selebihnya aku jaga kat rumah. Walaupun dah sembuh tapi luka akibat air panas tu kekal kat badan Azam sampai sekarang. Macam panau tapi besar-besar.

Moral of the story.......

SUAMI - kalau isteri dah masak, suami makan je la...jangan la sibuk2 nak makan benda lain.....
ISTERI - kalau suami nak makan benda lain dari yang dimasak...tolong la masakkan...jangan biar suami masak sendiri...
ANAK - kalau ibu ayah tengah masak kat dapur, anak jangan pulak menyebokkkkkkk.

Go Green

Ini cloth diaper dan sling yang aku beli untuk Azim. CD beli kat Sarakids dan sling beli online ngan Ms. Fenny (URLnya tak ingat...sorry...)



Aku dah kira-kira, kalau pakaikan Azim disposable diapers, sebulan agak2 pakai 2 peket @ RM33.00 sepeket (saiz S). Aku beli pun setelah survey harga yang termurah disemua pasaraya.

RM33.00 x 2 peket = RM66 sebulan
RM66.00 x 12 bulam = RM795.00 setahun

Kalau nanti dia start pakai saiz M, pas tu L pas tu XL yang quantitinya makin sikit tiap peket dan harganya pun makin mahal........emmmmm...........

Andaian mcm Azam skrg pakai XL

RM33 x 4 peket = RM132.00 sebulan
RM132.00 x 12 bulan = RM1584.00 setahun

Banyaknyer......bila la Azam nak berenti pakai lampin pakai buang ni.....

Kalau guna CD, sekali beli 10 helai......beli yang murah je laaa....RM39.90 (kalau stok ni ada lagi). 10 helai baru RM399.00. Azim pakai dari sekarang smpi umur dia 2 tahun....... Kalau CD ni tak rabak..... wahhhh....banyak untung yeeeee.....

So...ibu2...jangan malas....tak susah pun nak mencucinya...jimat belanja....

Sunday, May 24, 2009

Dinner

Hari sabtu lepas 23hb May, ayah ibu datang. Nak masak apa???? Inilah hasilnya......



Snap...snap...snap

Pernah tak terfikir yang kanak2 pandai mengambil gambar???



Aku dan suami tak pernah ada camera... kami cuma guna camera yang ada kat handphone je kalau nak amik apa2 shot. Azam selalu perhatikan macam mana kami amik gambar. Nama lagi budak2. Dia cepat belajar. Tak ajar pun kat dia tapi dia pandai sendiri... walaupun ada picture yang tak jadi tapi kadang2 ...boleh laaa....



So...ini antara snap shot nyer....



Patut ker aku belikan dia camera betul??? Mungkin dia nak jadi photographer kot.....

Tuesday, May 19, 2009

Blog...blog...blog...

Pelikkan....tiap ari aku mandang blog sendiri. Sebenonya banyak peristiwa dan kejadian2 tapi entah kenapa tak dituliskan dalam blog. Tak pasti aku menulis untuk apa. Bukannya ada orang nak tgk pun blog aku ni...Saja suka2. Sambil2 tu aku tengok juga blog2 lain. Cari ilham untuk mencantikkan blog sendiri ... "Saya budak baru belajo" kata orang dulu-dulu. Baru belajo nak buat blog.

Semalam Ayah Azam bagitau dia nak pi mendaki Gunung Kinabalu dari 1hb ke 9hb June ni. Kak Na baby sitter Azam & Azim pun nak balik Kelantan sebab ada kenduri kawin... Alamak...sapa nak jaga anak2. Takkan aku nak amik cuti kot....

Call Atok Azam nak minta bibik datang KL. Atok Azam kata bibik dah diserahkan pada Tok Ngah. Macam mana nie......

Semalaman aku berfikir, sampai sekarang belum dapat jalan penyelesaian.

Pagi nie aku fikir macam mana klu aku start pakai maid. Selain dari jaga anak2 yg dua org tu, dia boleh masak, kemas rumah dan basuh baju. Bukan aku tak boleh buat semua tu... Tapi bila balik kerja aku dah letih. Mana nak masak dan layan anak. Walaupun untuk beberapa jam tapi macam tak larat.

Ayah Azam???? Mancing la... selang sehari mesti pergi. Bila masa aku dapat rehat kalau tak ada kerjasama? Letih la.... nak cakap selalu, dia bukannya tak berakal. Patutnya agak-agak la. Aku pun kerja. Aku pun penat. Aku pun pandai boring (alasan yang dis selalu beri kalau nak pergi mancing). Nak komplen selalu nanti kata aku nie isteri derhaka pulak...

Tapi betulll..... aku boring......

Monday, May 18, 2009

Bonda's Day Contest @ Sarakids


Sejak iklan @ contest ni bermula aku masih berfikir adakah patut aku menyertainya. Aku tak tau samada kisah ku ini menarik atau tidak. Lagipun aku bukannya seorang penulis. Nak guna bahasa2 yang indah dan berbunga2. Tapi tak apa... akan ku lontarkan apa saja kenangan yang ada difikiranku ini.

Gelaran sorang ibu adalah satu gelaran yang dinantikan oleh semua ibu (aku pasti tentang itu). Begitu juga aku. Selepas aku dan suami diijabkabulkan pada 03/03/03 kami berusaha untuk mendapatkan anak. Lagipun kami berkahwin ketika umur masing2 menjejak ke 32 tahun. Aku punya masa yang sedikit untuk mendapat anak sebelum umurku menjejaki 40an.


Kehamilan pertama

Usaha kami tidak sia-sia bila 3 bulan selepas itu aku disahkan mengandung. Allah sahaja yang tahu betapa bersyukurnya kami. Tapi aku menghadapi komplikasi apabila sering mengalami pendarahan ketika mengandung. Aku menjalani pemeriksaan di HUKM dan doktor mendapati aku mempunyai fibroid di dalam rahim.

Keadaan ini menyebabkan aku diberikan cuti sakit yang adakalanya sehingga 2 minggu bagi mempastikan aku mendapat rehat yang secukupnya. Kerap kali mendapat cuti sakit, aku membuat keputusan untuk berhenti kerja. Ketika itu kandungan ku berusia 24 minggu.

Usia kandunganku mencapai 26 minggu bila satu pagi aku merasa sakit di bahagian pinggang. Aku tidak syak apa2 memandangkan kandunganku masih diperingkat trimester kedua. Tapi rasa sakit itu semakin kerap dan sehingga jam 11.30 pagi aku mengalami sakit setiap 5 minit sekali. Aku berusaha untuk tidak merasa cemas. Aku tidak terfikir pun untuk menghubungi suamiku. Dalam keadaan sakit, aku memandu ke rumah makcikku di Bandar Tun Razak. Ketika itu aku tinggal di Bandar Sungai Long.

Sampai saja di rumah makcikku aku terus mengadu pada dia akan kesakitan yang aku alami. Kebetulan anaknya Linda yang juga seorang doktor di HUKM ada dirumah. Melihatkan keadaanku itu, Linda bergegas menghantar aku ke HUKM.

Hasil dari pemeriksaan, doktor mendapati aku mengalami "contraction". Aku diberikan suntikan untuk mematangkan paru2 bayi. Tapi aku tak pasti kenapa aku tidak diberikan suntikan untuk menghentikan "contraction" tersebut. Kesakitan yang aku alami bertambah teruk. Sehingga aku menjerit memanggil nurse untuk membantu aku. Doktor yang berada di wad ketika itu membuat pemeriksaan dan dia kata kepala bayi dah nampak.

Aku sangat terkejut. Anakku akan dilahirkan tidak cukup bulan??? Aku terus dihantar ke bilik bersalin dan lebih kurang jam 9.20 malam aku melahirkan seorang anak lelaki yang sangat kecil. Dengan berat 820gm anakku dimasukkan ke NICU.

Keesokkan harinya aku diberitahu yang aku boleh melihat anakku di NICU. Sedihnya hati bila melihat seluruh tubuh yang kecil itu berselirat dengan wayar. Satu salur halus dimasukkan ke hidung untuk menyalurkan susu sebagai makanannya. Doktor kata... "Kalau boleh, puan berikan susu badan pada baby. Puan boleh perah susu puan dan berikan pada kami di sini. Nurse akan pastikan susu badan puan akan diberikan kepada anak..." antara kata-kata yang aku ingat.

Aku juga ingat bila doktor menyatakan agar aku tidak meletakkan harapan yang besar pada anakku. Harapan yang ada hanya 50-50. Seboleh mungkin aku pujuk diriku agar tabah.

Hari yang sama ibu dan ayah ku tiba dari Batu Pahat. Ibu memberikan kata-kata semangat padaku. Ingat bahawa semuanya adalah ketentuan Allah. Berserah padanya. Berdoa padanya.

Hari kedua aku dibenarkan pulang ke rumah. Sejak dari hari aku pulang ke rumah jugalah aku berusaha untuk mengepam susu dari payudara yang mula membengkak. Linda meminjamkan mesin pengepam susu. Seingat aku, setiap kali mengepam, aku boleh dapat 60ml ke 80ml. Susu inilah yang aku bawa setiap hari ke hospital untuk diberikan kepada anakku.

Sepanjang berada di dalam inkubator, aku tak pernah mendengar suara Muhammad Zahid Iqbal. Tapi aku pernah sekali melihat Iqbal membuang air kecil. Melihat pergerakan yang kecil saja sudah cukup membuat aku rasa sangat bahagia. Ini rupanya perasaan seorang ibu. Walau tak dapat mendukungnya rapat kedadaku tapi aku dibenarkan untuk menyentuhnya dengan hujung2 jariku. Ada masanya bila aku menyentuh jari jemarinya yang halus, dia akan menggengam jariku. Bahagia...sangat bahagia....

Hari kesepuluh. Doktor kata satu pembedahan perlu dilakukan untuk menutup saluran yang menghubungkan jantung dan paru2nya. Kata doktor setiap bayi ada saluran tersebut dan bila bayi yang cukup bulan dilahirkan saluran itu akan mengucup dan tertutup dengan sendiri. Dalam kes anak aku, saluran itu tidak mengecut dan tertutup. Jadi mesti dilakukan secara manual. Doktor mencadangkan untuk membuat pembedahan tersebut keesokkan harinya.

Hari kesebelas. Seawal jam 9.00 pagi nurse dari NICU call aku. Minta aku datang untuk tandatangan consent letter. Aku kata aku akan datang tengahari. Jam 12.30 pagi nurse call aku lagi sekali minta aku datang. Aku kata aku dalam perjalanan.

Masuk saja ke bilik NICU, aku perasan suasa didalam wad sangat sunyi. Aku perasan salah seorang nurse memandang padaku dan berbisik pada seorang nurse yang lain. "Dia dah sampai...". Aku tak berapa ambil endah akan kata-katanya. Aku berjalan menuju ke inkubator yang menempatkan anakku. Dari jauh aku perasan lagi, monitor yang menunjukkan bacaan degupan jantung, nadi dan tekanan darah anakku tidak berfungsi. Langkahku makin perlahan. Seolah2 aku sudah menjangka apa yang telah terjadi.

Seakan putus nafasku. Seakan terbang nyawaku dari jasad. Beg yang mengandungi botol berisikan susu badan terlepas dari tanganku. Anakku sudah tidak bernyawa. Anakku dah pergi. Terkujur kaku satu tubuh kecil di dalam inkubator itu. Tak ada suara yang keluar dari mulutku. Tapi yang pasti air mata meluncur dengan laju.

"Kami telah mencuba sedaya upaya kami. Anak puan mula mengalami masalah pernafasan sejak jam 11.00 pagi, dan meninggal lebih kurang jam 11.30 pagi."

Hari yang sama juga (30hb Disember 2003), jenazah anakku dibawa balik ke Batu Pahat dan disemadikan di bawah pusara moyangnya.

Aku pasrah pada Allah. Aku terima ketentuannya. Aku mohon diberikan ketabahan dalam diriku.


Kehamilan kedua

Kesedihan masih lagi terasa di hati aku dan suamiku. Tidak mahu memandang kebelakang, dan tidak mahu terus berduka, kami berusaha untuk mendapatkan anak kedua. Kami juga berpindah ke Bandar Tasik Selatan. Dekat dengan tempat kerja suamiku. Aku juga kembali bekerja di sebuah syarikat di Seri Kembangan.

Pada ketika ini, hatiku banyak kali tersentuh dengan berita2 bayi dibuang. Aku rasa dalam masa sebulan ada 3 kes pembuangan bayi. Selalu aku bertanya pada diri sendiri. Aku begitu susah mendapat anak tapi orang lain yang senang mendapat anak boleh buang anak macam tu saja.

Aku disahkan hamil lagi setelah 3 bulan Iqbal meninggalkan kami. Aku tak peduli apa orang kata, tapi kehamilan ini seolah2 mengubat kelukaan dari kehilangan anak.

Kandungan ini ku jaga dengan sebaik mungkin. Bagai menatang minyak yang penuh. Melalui masa kehamilan sehingga ke minggu ke 26 seakan membawa beban yang sangat berat. Aku fobia. Aku takut kalau2 aku akan melahirkan anak ini seawal anakku yang lalu.

Bila melepasi minggu ke 28, perasaan aku sungguh lega sekali. Alhamdulillah. Selamat. Aku dan keluarga menyambut Hari Raya Puasa dengan meriah sekali. Sesekali terasa bayi dalam kandunganku bergerak dengan gerakan yang perlahan.

Pada minggu ke 32 aku pergi ke HUKM kerana ada temujanji bulanan dengan doktor. Aku ingat ketika itu aku berjumpa dengan Dr. Rohaidah. Dia suruh aku berbaring di katil. Dia pegang perut aku. Dia tanya baby gerak tak? Aku kata, baby aku malas. Kadang2 tak gerak langsung. Dia tengok muka aku. "Puan tak kira ker berapa kali pergerakan bayi dalam sehari?" "Kene kira ker??? Tak ada orang ajar saya pun kene kira" Confident jek aku menjawab. "Tak per la Puan, kita buat scan ye.." "Eh...everything is ok kan??? Tak der apa2 dengan baby kan???" "Kita scan dulu ye Puan...."

Aku pun tunggu di depan Bilik 11. Tunggu nama aku dipanggil. Tiba giliran aku. Doktor Rohaidah pun ada sama. Dia start sapu jel kat perut aku dan scan. Aku tengok je kat monitor. Scanner tu di dipusing ke kiri dan ke kanan. "Bila kali terakhir baby bergerak?" "Tak pasti... semalam kot. Tapi gerakan tu tak kuat. Cuma macam dia bergerak di bahagian atas jek. Saya rasa kepala dia sondol kat bahagian atas perut"

"Puan, sabar ye...bawa bertenang. Baby Puan dah tak ada. Degupan jantung dah berhenti"

Bagai disambar kilat. Dunia seolah-olah gelap gelita. Tak aku sedar aku meraung sepuas hati. "Tak mungkin....semalam dia bergerak....scan sekali lagi...." kataku sambil menangis.

Mungkin untuk menyedapkan hatiku dan menyakinkan aku, Dr. Rohaida scan sekali lagi. Dia tunjukkan imej jantung anakku yang tidak bergegup lagi. Aku tergamam. Tangisan aku yang tadinya kuat terhenti sama sekali diganti dengan esakan kecil.

Subhanallah.... begini sekali dugaanmu terhadap ku Ya Allah. Aku redha Ya Allah. Kau memberikan cubaan dan dugaan yang maha berat bagi ku Ya Allah. Kau ambil anak ku buat kedua kali. Tapi aku redha Ya Allah. Sesungguhnya engkau hanya menguji orang-orang yang kuat sahaja Ya Allah. Sekiranya dengan cara ini dapat menebus dosa-dosa yang pernah aku lakukan, aku redha Ya Allah.

Doktor hendak masukkan aku ke wad, tapi aku berkeras nak balik. Doktor benarkan tapi aku mesti datang semula ke hospital petang itu juga. Doktor juga menghubungi pejabat suamiku. Pada ketika itu suamiku dalam penerbangan ke Kota Kinabalu untuk membawa pelajar2 RMC mendaki Gunung Kinabalu. Dia cuma sempat menjejak kaki di airport KK bila mendapat tau keadaanku dan bergegas terbang kembali ke KL.

5 hari selepas itu aku melahirkan anak keduaku. Anak yang sudah tidak benyawa lagi. Sedih memang sedih tapi aku tabahkan hati.
Jenazah anak yang diberi nama Abdullah dibawa balik ke Batu Pahat dan dikebumikan bersebelahan dengan abangnya Muhammad Zahid Iqbal pada 30hb November 2004.

Hari-hari seterusnya dadaku membengkak dan menyakitkan. Aku mengepam dan memerah susuku dengan linangan air mata. Sebegitu banyak susu yang diperah tapi tiada siapa yang meminumnya. Terbuang dengan begitu saja.

Pernah aku terdengar dari mulut suamiku "Apa dosa kita sehingga kita diuji begini???" "Jangan dipersoalkan apa dosa kita. Kita sebagai hamba, memang banyak dosa. Dugaan yang Allah berikan ini hanya kecil saja. Fikirlah yang baik2. Ingat, dua orang anak kamu menanti kamu disyurga" Itulah kata-kata dari ibuku. Bila aku menangis, itulah kata2 yang diucapkan oleh ibuku.

"....dua orang anak kamu menanti kamu di syurga. Kamu telah dijamin syurga oleh Allah...." itu la kata2 yang membuatkan aku kuat.

"Ibu tak boleh kata ibu faham perasaan along sebab ibu tak pernah hilang anak tapi ibu tahu kesedihan itu. Ibu pun belum tau boleh terima dugaan sebegini hebat tapi ibu tau along kuat menghadapi dugaan ini."

Dan entah apa lagi kata-kata perangsang yang ibuku berikan dan aku sangat berterima kasih padanya kerana ada bersama-sama di saat duka ku.


Kehamilan ke tiga

Selepas kehamilan pertama dan atas nasihat doktor dan orang disekelilingku, aku berehat selama setahun daripada mengandung. Sepanjang masa itu juga aku dirujukkan kepada Dr. Harlina Haliza, doktor pakar O&G di HUKM.

Bulan Mei, Jun dan July 2005 aku diberikan suntikan zoladex untuk mengecutkan fibroid. Bulan August aku dibenarkan untuk mencuba untuk hamil. October masih tak ada hasil. Dr. Harlina berikan ubat kesuburan pada aku selama 2 kitaran.

Sebelum temujanji bulan November aku dapati aku dah hamil. Sebagai langkah berjaga2 aku berhenti kerja dan duduk di rumah. Masuk bulan ke 7, Dr. Harlina mencadangkan aku tinggal di hospital sehingga aku bersalin. Mahukan yang terbaik, aku dan suami terima cadangan doktor.

2 bulan aku berada di hospital. Doktor bercadang untuk aku melahirkan anak melalui kaedah ceaserian dan pada 28hb July 2006 (Jumaat) aku selamat melahirkan Muhammad Azamuddin dengan berat 2.49kg. Aku berkeras untuk melahirkan pada hari Jumaat kerana aku juga lahir pada hari yang sama.

Aku mengalami pendarahan ketika melahirkan. Kehilangan 4.4 liter darah diganti dengan 3 pain darah dan 2 pain plasma. Lepas bersalin aku tidak terus dihantar ke wad tapi aku dihantar ke wad HDU. Aku tak pasti HDU ni singkatan untuk apa tapi yang aku tau HDU ni bawah skit dari ICU. Yang pasti untuk pemerhatian la.

24 jam aku di sana dan selama itu juga aku perlu berpuasa. Selama 24 jam juga aku tak berjumpa dan tidak dapat memegang dengan anakku. Aku cuma dapat melihatnya sebentar ketika di bilik bedah. Bermakna aku tak dapat memberikan susuku seawal satu jam yang pertama seperti yang disarankan. Anak aku minum apa selama tu??? Susu Formula Hospital.

Esoknya aku dibawa balik ke wad. Aku gagahkan untuk bangun dari katil. Sakit yang amat sangat aku rasakan. Nurse bawa Azam ke katilku. Perkara pertama aku buat, aku buka bedungannya. Aku belek seluruh tubuhnya. Cukup sifatnya, tak ada cacat cela.... Subhanallah.... itulah anak ku.....

Aku cuba berikan susu badan tapi mungkin kerana putingku kecil, Azam tak pandai menghisap. Aku juga tak banyak pengetahuan tentang penyusuan susu ibu. Aku tak didedahkan tentang penyusuan susu ibu. Mungkin jugak aku ambil sabil lewa tentang penyusuan susu ibu. Akhirnya Azam diberikan susu formula lagi.

Hari ke 3 aku dibenarkan keluar hospital. Hari ke 4 aku sangat pasti Azam dijangkiti demam kuning. Aku ke hospital dan sah memang betul jangkaan ku. Tapi keadaan tidak kritikal dan dibenarkan pulang.

Ketika ini aku seakan tak ada jalan lain kecuali memberikan susuku pada Azam kerana aku tau itu saja ubat paling mujarab. Sehingga hari ke 9 aku berikan susu ku (bukan direct breastfeed tapi secara memerah) menggunakan botol dan alhamdulillah Azam sembuh dari demam kuningnya.

Tapi, seperti telah ku beritau tadi aku tak ada pengetahuan tentang susu ibu jadi aku berhenti dari memberi Azam susuku.

Azam membesar seperti anak-anak lain. Comel dan bijak (kalau aku terus berikan susu ibu mungkin anakku jadi lebih bijak kan???). Bila Azam berusia 5 bulan aku bekerja semula.

2 tahun 6 bulan 2 hari selepas kelahiran Azam aku dikurniakan seorang lagi putera. Pada 30hb January 2009 (Jumaat), sehari selepas ulangtahunku yang ke 38, lahirlah Mohammad Azimuddin melalui pembedahan juga.

Seperti Azam, Azim juga dijangkiti demam kuning seawal 2 hari kelahirannya. Aku dengan pesatnya memberikan susu ibu. Bagusnya kali ini Azim pandai menyusu walaupun putingku kecil. Sehingga hari ketujuh demam kuningnya hilang tapi aku teruskkan penyusuan susu ibu sehingga 2 minggu.

Selepas 2 minggu aku mula kurangkan penyusuan susu ibu dan memberikan susu formula. Setiap malam Azim akan bangun sekurang-kurangnya 2 kali untuk menyusu. Aku mula rasa keletihan. Bibik kata dia dulu memberikan anaknya makan pisang yang dilecek ketika anaknya berusia seminggu dan ibuku mencadangkan aku memberikan nestum pada anak ku supaya dia kenyang.

Terpengaruh dengan kata2 keduanya, aku mula mencampurkan 1 scoop nestum kedalam 3 oz susu. Hanya sekali sehari, malam sebelum tido. Selalunya jam 11.00 mlm atau 11.30 mlm. Hasilnya Azim akan tidur nyenyak dan bangun hanya pada jam 5.30 pagi atau 6.00 pagi. Aku dah tak letih lagi... Sukanya aku...

10 hari sebelum habis pantang aku perasan tundun Azim membengkak. Aku tuam dengan daun mengkudu suam. Setiap kali bengkak itu akan hilang. Aku jangkakan bengkak itu akan hilang terus jika aku rajin menuam.

(Start ni aku cut and paste dari entry lepas...hehehe....)

Bengkak tu on and off sampai la 16 March 2009 aku ke Klinik HUKM kat Bdr Tasik Selatan. Doctor kata bengkak tu tak normal dan forwardkan baby ke HUKM. Aku pi spital utk buat appoinment pada 18hb Mac dan dapat appoinment pada 13hb April... Hampir sebulan tu kene tunggu.

3 April ada makan2 kat rmh Adik kat Klang Lama. Azam bukan main suka lagi lebih2 lagi ada kawan (anak2 Amran adik Arman). Sebelum balik rumah malam tu aku tukarkan lampin Azim... Aku perasan ada darah kat najis dia.... Waris (hubby) kata mungkin pasal aku dah start bagi Azim makan nestum. Mungkin jugak.... so start malam tu aku tak beri lagi nestum + susu macam biasa.

4 April - Start kul 8.00 pagi Azim nangis tak henti2. Cuma berhenti bila kene dakap jek. Kalau letak mesti menangis. Nangis dia macam orang sakit. Bengkak kat tundun dia dah melarat ke telur plak. Aku cakap ngan Waris, dia kata "Tak ada apa-apa la..."

Dalam kul 10.00 Kak Na baby sitter Azam dan Azim datang. Dia tanya kenapa Azim nangis kuat sangat. Boleh dengar sampai rumah dia. Dia suruh aku bawa Azim pi sepital. So kul 11.00 aku pun sampai ke HUKM.... tunggu punya tunggu...kul 3.30 baru masuk jumpa doktor. Kebetulan masa buka lampin Azim (utk check telur dia) dia berak plak. Dan dalam najis dia ada darah... So doktor check dubur dia sekali..... Dr. George... muda...hensom... hehehe...Dia tak nak amik risiko...so admit Azim ke wad....Kul 5 petang doktor buat ultra sound kat Azim. According to doktor, bowel Azim semua collapsed tapi tak ada usus yang bengkak. Malam tu, sepanjang malam Azim nangis saja. Sentiasa nak berdukung. Kebetulan aku sorang2 jaga dia kat spital. Bibik balik ke rumah uruskan Azam. Punyala letih. Mata letih sbb tak tido....belikat sakit sbb mendukung Azim sepanjang malam....

Kul 1.00 pagi gantikan lampin Azim. Aku ingatkan lampin dia penuh ngan air kencing tapi bila bukak rupanya penuh ngan darah.

5 April - Pagi-pagi aku call Waris suruh bawa bibik datang. Ganti ngan aku. Aku nak balik mandi dan tido sekejap. Sebelum tu aku dah beritau doktor pasal darah malam tadi. Aku balik dalam kul 11.30 pg dan datang semula ke spital dalam kul 3.00 ptg. Dapat la tido. Sampai sepital, Bibik kata doktor beri Azim ubat tido. Doktor nak tengok kalau bengkak tu boleh surut kalau Azim tak menangis. Selain dari tu punggung Azim pun ditinggikan dari aras kepala.

Kul 5.00 ptg doktor datang lagi... Bila tengok tak surut jugak diaorg decide nak buat ultra sound lagi sekali. Kali ni scan kat telur Azim plak... Sah...Azim kene hernia...Lupa bagitau... yang bengkak tu kat dua2 telur Azim. Profesor Thambi cakap kene buat emergency operation kat Azim dan diaorg amik consent dari aku. Aku dah kira berserah aje laaa...

7.30 mlm Azim masuk ke bilik bedah. Aku ikut sama. Tunggu sampai Azim dibius dan tido baru aku kuar. Dalam kul 9.00 mlm diaorg beritau operation dah siap dan minta aku pi semula ke bilik bedah. Azim ada kat recovery area. Aku tunggu sampai Azim sedar dan balik semula ke wad dalam kul 10.30 mlm.Alhamdulillah semua selamat.

7hb April Azim dah boleh kuar hospital. Tapi sepanjang kat hospital aku asik kene marah ngan doktor bila aku cerita aku campurkan nestum dalam susu Azim biar dia kenyang dan tak bangun malam.... Dan sepanjang kat sepital jugak la Azim fully bottle feeding.


___________________________________________________________________

Anak ibu, inilah hasil dari kebodohan ibu..... Ibu meletakkan anak ibu dalam keadaan bahaya kerana kelalaian dan sikap tak endah ibu. Maafkan ibu sayang... Sekarang ibu rasa belum terlambat untuk ibu berikan susu ibu. Walaupun Azim dah tak mahu direct feeding ibu akan usaha untuk pump untuk anak ibu. Hasilnya memang sangat mengecewakan tapi ibu sedang mendapatkan bantuan sayang....

Untuk kedua-dua anak ibu, jadilah anak yang baik. Ibu doakan anak-anak ibu menjadi anak yang solehah dan anak-anak yang berjaya di dunia dan juga diakhirat. Amin.......

___________________________________________________________________

Inilah hasil nukilanku..... untuk ibu-ibu di luar sana, jadikan lah pengalaman ku satu pengajaran.

Sunday, May 17, 2009

Breastfeeding

Ishkkkk...dah bersawang blog nie.... Dah lama tak buat entry... sibuk sgt...

Nak cerita apa yek....

sabtu 9hb May 2009 aku pergi breastfeeding session kat Sarakids... jumpa ngan tokeh Fara (aku la pengikut setia blog dia). Aku tak tau pun ada blog pasal breasfeeding nie dan ramai btul group supportnyer. Lepas dapat anak kedua dan anak bermasalah baru ler terjumpa blog2 psl breastfeeding nie. I wish i found this group since my first pregnancy.

Fara dan Su... u did a good job... but i still think that i need a private session with u Fara...

Azim masih tak nak direct breastfeeding. Mula2 aku cuba masa dia belum nak menyusu tapi dah lama menyusu dari masa sebelumnya.... Azim tolak dan nangis.. Aku pikir mungkin pasal dia belum nak minum. So aku tunggu masa dia betul2 nak menyusu... Aku suakan lagi ... masih macam tu.. Dia menolak , aku paksa, lagi la meraung budak tu.... At last susu formula balik... kecewa lagi...

Sabtu lepas, 16hb May aku pergi ke rumah Ema. Babynya fully breastfeeding. Aku bawa Spektra 3 yg aku beli. Dia nak try. Dah nak balik tu aku dokong baby dia. Aku dokong macam aku nak beri dia menyusu. Aku tengok Ema. Aku tanya boleh aku try tak??? Ema kata cuba la. So aku pun bukak dan suakan puting pada babynya. Terus baby tu hisap, tak tolak pun... Maknanya teknik aku dah betul.

Aku cakap ngan Ema, kalau kitaorg duduk dekat, aku pinjam anak dia utk stimulate susu aku nie.

Kesimpulannya, teknik penyusuan aku dah betul. Tapi Azim dah terbiasa ngan susu botol. So dia jadi baby yang malas menghisap (tak nak susah2. kan susu ibu lmbt kuarnya). Lagi mudah bagi dia hisap susu botol. Tapi aku tetap nak cuba... Fara... dia je boleh tolong....

Thursday, May 7, 2009

Birthday Arman


20 April 2009 - Happy birthday to you.... happy birthday to you... happy birthday to Arman... happy birthday to you......


Adik konon-kononnyer nak buat surprise birthday party utk Arman. Kira jadi dan meriah la jugakkk....
Arman dan kengkawan... Azam pun sibuk jugak nak bergambar
Arman dengan adik beradik, ipar dan anak sedara. Diaorang nie tak pernah penat nak bergambo.

Arman dengan malu-malunya nak tiup lilin. Tapi dia tak mengaku umur dah bertambah.


Kek birthday Arman. Cantik kan. Azam pun suka kat "lola" tu


Semoga panjang umur dan murah rezeki. Jadilah seorang suami dan ayah yang bertanggungjawab dan penyayang. Aku tau Arman mmg jenis penyayang. Sebab tu Azam pun sayang dia. Kengkadang Azam tanya "Uncle ana?????"... "Uncle kat rumah uncle la..."

Office Baru

Cerita punya cerita rupanya dah sampai bulan April punya kisah ek...

April... apa lagi cerita menarik bulan April... emmmmmmm
17 April 2009 - Kitaorg seluruh office dengan rasminya pindah ke office baru di 3 Two Square, PJ.
Gambar di luar office - yang baju merah tu aku laaa

Yang pakai tai merah tu boss kitaorg - Dato Alex - handsome kan???

Upacara naik papan tanda

Si manis Hani dan Si poyo Azmi ...hahahah

Office ni ok la jugak. Yang bestnya sbb dikelilingi kedai2 makan.. Paparich, Old Town, Starbuck dan mcm2 lagi...harga??? jangan tanya laaa.... Food courtnyer pun mahal.... Yang lagi tak best...parking kene bayar.... Koyak lagi pokett...




Wednesday, May 6, 2009

Emergency Operation

Tak ada masa nak teruskan bercerita pasal baby dan hari2 selepas kehadiran baby baru. Rancangnya nak kumpulkan semua gambar2 dulu yang entah kat mana-mana. Ada yang pada Angah dan ada yang pada Adik. Semalam minta memory card dari hubby utk download gambar2 baby tapi terlupa pulak nak amik... Tak per laaa

Di pendekkan cerita, sepanjang berpantang tu aku duduk kat Batu Pahat la... dan buat jugak majlis potong jambul dan kenduri akikah utk Azim. Hari buat kenduri tu adala terjadi satu insiden yg memeranjatkan semua orang.

Semua orang tengah sibuk kat dapur. Baby di tinggalkan di dalam bilik. Nyenyak tido selepas menyusu... Chewah...masa nie masih menyusu badan....

Tetiba dengar Adik menjerit.... Aku, ibu dan sapa2 yang ada kat dapur meluru ke ruang makan. Ya Allah.... Azam tgh mendokong adik dari bilik ke dapur... Subhanallah...Nasib baik Azim tak jatuh. Azam baru je 2 tahun stgh...dokong adik yg baru beberapa hari umurnya... menapak dari bilik ke dapur yg jarak agak2 15 langkah org dewasa. Mengucap panjang kami sekeluarga.... Namun begitu, kenduri dan majlis berjalan lancar seperti yang dirancang.

Hari terakhir berpantang, 10 March 09 aku balik ke KL. Hubby tak datang amik. Ayah dan ibu temankan aku balik... Siap driving sendiri....

Sebelum tu..... 10 hari sblm abis pantang aku perasan sesuatu.... Tundun atas cunit adik bengkak. Tapi kalau tekan, dia balik normal. Mungkin ok kot klu teruskan "mendemah" dgn daun mengkudu (fikir aku laa). Masa ni aku dah start campurkan nestum dalam susu Azim. Susu.... selain dari breastfeeding aku bagi juga bottle feeding... tapi lagi banyak bottle feeding. Aku ikutkan malas aku. Malas nak tunggu lama2.

Balik pada cerita tadi. Bengkak tu on and off sampai la 16 March 2009 aku ke Klinik HUKM kat Bdr Tasik Selatan. Doctor kata bengkak tu tak normal dan forwardkan baby ke HUKM. Aku pi spital utk buat appoinment pada 18hb Mac dan dapat appoinment pada 13hb April... Hampir sebulan tu kene tunggu.

3 April ada makan2 kat rmh Adik kat Klang Lama. Azam bukan main suka lagi lebih2 lagi ada kawan (anak2 Amran adik Arman). Sebelum balik rumah malam tu aku tukarkan lampin Azim... Aku perasan ada darah kat najis dia.... Waris (hubby) kata mungkin pasal aku dah start bagi Azim makan nestum. Mungkin jugak.... so start malam tu aku tak beri lagi nestum + susu macam biasa.

4 April - Start kul 8.00 pagi Azim nangis tak henti2. Cuma berhenti bila kene dakap jek. Kalau letak mesti menangis. Nangis dia macam orang sakit. Bengkak kat tundun dia dah melarat ke telur plak. Aku cakap ngan Waris, dia kata "Tak ada apa-apa la..."

Dalam kul 10.00 Kak Na datang. Dia tanya kenapa Azim nangis kuat sangat. Boleh dengar sampai rumah dia. Dia suruh aku bawa Azim pi sepital. Waris kata dia sibuk. Aku minta dia hantar je ke spital. Tak yah tunggu. Nasib baik ada Kusni yg datang semlm ngan angah. Kusni ni pun aku import dari Patu Pahat. Pinjam kejap sbb Azam asik mengigaukan bibik je sejak aku balik semula ke KL. Ye la....sebulan lebih dia bermanja ngan bibik kat kampung...

So kul 11.00 aku pun sampai ke HUKM.... tunggu punya tunggu...kul 3.30 baru masuk jumpa doktor. Kebetulan masa buka lampin Azim (utk check telur dia) dia berak plak. Dan dalam najis dia ada darah... So doktor check dubur dia sekali..... Dr. George... muda...hensom... hehehe...
Dia tak nak amik risiko...so admit Azim ke wad....

Kul 5 petang doktor buat ultra sound kat Azim. According to doktor, bowel Azim semua collapsed tapi tak ada usus yang bengkak. Malam tu, sepanjang malam Azim nangis saja. Sentiasa nak berdukung. Kebetulan aku sorang2 jaga dia kat spital. Bibik balik ke rumah uruskan Azam. Suami aku...sibuk juga kot...entah laa... Punyala letih. Mata letih sbb tak tido....belikat sakit sbb mendukung Azim sepanjang malam.... Kul 1.00 pagi gantikan lampin Azim. Aku ingatkan lampin dia penuh ngan air kencing tapi bila bukak rupanya penuh ngan darah.


5 April - Pagi-pagi aku call Waris suruh bawa bibik datang. Ganti ngan aku. Aku nak balik mandi dan tido sekejap. Sebelum tu aku dah beritau doktor pasal darah malam tadi. Aku balik dalam kul 11.30 pg dan datang semula ke spital dalam kul 3.00 ptg. Dapat la tido. Sampai sepital, Bibik kata doktor beri Azim ubat tido. Doktor nak tengok kalau bengkak tu boleh surut kalau Azim tak menangis. Selain dari tu punggung Azim pun ditinggikan dari aras kepala. Kul 5.00 ptg doktor datang lagi... Bila tengok tak surut jugak diaorg decide nak buat ultra sound lagi sekali. Kali ni scan kat telur Azim plak... Sah...Azim kene hernia...

Lupa bagitau... yang bengkak tu kat dua2 telur Azim. Profesor Thambi cakap kene buat emergency operation kat Azim dan diaorg amik consent dari aku. Aku dah kira berserah aje laaa...

7.30 mlm Azim masuk ke bilik bedah. Aku ikut sama. Tunggu sampai Azim dibius dan tido baru aku kuar. Dalam kul 9.00 mlm diaorg beritau operation dah siap dan minta aku pi semula ke bilik bedah. Azim ada kat recovery area. Aku tunggu sampai Azim sedar dan balik semula ke wad dalam kul 10.30 mlm.

Alhamdulillah semua selamat. 7hb April Azim dah boleh kuar hospital. Tapi sepanjang kat hospital aku asik kene marah ngan doktor bila aku cerita aku campurkan nestum dalam susu Azim biar dia kenyang dan tak bangun malam.... Dan sepanjang kat sepital jugak la Azim fully bottle feeding.