Monday, June 29, 2009

MINI OPENDAYSARAKIDS

HAPPY BIRTHDAY SARA... 28hb June 2009, Puteri Sara Azalea anak Puan Tokey Sarakids menyambut ulangtahunnya yang ke 2. Punya la meriah majlis. Maka Ibu Azam nie pun berangan ler jugak nak buat B'day Azam. Tapi idok ker besar besaran macam Cik Puteri kita nie. Ibu Azam kurang budget..... huk huk huk....


Siap ada banner lagi. Masa kawin ibu dulu pun tak der banner.....


Cup cake yang cantik dan meyelerakan.... Yum... yum...

Cuba tengok dengan teliti.... ada logo Resipi Ibu gitu....

Sebenonya yang nak diceritakan di sini ialah.... Mini Open Day nyer.... Dengan membayar RM100, kami diberi tapak berniaga di open day itu. Aku pun open table untuk promosi biskut raya dan kek lapis serta kek buah. Promosi untuk raya... puasa kan dah dekat, so promosi kuih raya org boleh rasa kuih-kuihku yang enak-enak.
Dari segi promosi, kalau di lihat dari sudut jumlah tetamu yang datang, alhamdulillah. Memang la tak sama dengan "JOM HEBOH" tapi promosi cara ini antara yang bagus. Macam kata kawan aku Florance Chua, kita build up the reputation dulu. Jangan fikirkan keuntungan dulu.


Wajah Che' Idah the bomb

Diakhir hari penjualan tu, Fara ada jumpa ngan aku dan tanya macam mana jualan. Dia kata takut orang kata "Bayar sampai RM100 tapi tak der apa-apa". Tak der la terfikir macam tu. Event macam ni, macam yang aku cakap tadi, bukannya macam "JOM HEBOH" yang beribu-ribu orang datang. Bagi aku yang penting, memperkenalkan dan mempromosi. Jualan, aku dapat cover kos duit tapak dan gaji pembantu dan ada lebih skit. Alhamdulillah. Ada juga yang buat tempahan untuk raya. Aku beri harga sama dengan harga masa hari jualan.
Aku lebih suka kalau aku kata, yang aku saja suka nak support event yang Fara buat. Perjumpaan ibu-ibu dan peniaga peniaga wanita. Chewahhhh..... Apa-apa pun event macam ni patut dibuat selalu. Kalau bukan Sarakids yang anjurkan, online shop yang lain boleh anjurkan. Kalau aku tak sibuk, aku boleh menyebukkan diri.... tengok laaa nanti ......



Zee (wakil Takaful). Apasal la poyo jek muka kau Zee....


Inilah kuih muih di geraiku

Event yang bermula jam 1.30 tengahari berakhir pada jam 6.00 petang. Penat memang penat tapi aku enjoy... Walau tak bersama-sama tiup lilin ngan Puteri Sara, aku doakan anak ini menjadi anak yang baik dan solehah. Sentiasa sayangkan mama dan papanya dan adiknya......
Untuk Puan Tokey, semoga perniagaan berkembang maju. Insyaallah......
__________________________________________________________________
Entry biskut raya akan menyusul kemudian. Sila beri masa untuk ku ambil picture-picture kuihku.......