Showing posts with label Cloth Diapers. Show all posts
Showing posts with label Cloth Diapers. Show all posts

Wednesday, June 17, 2009

Cloth Diapers (CD)

Minggu lepas Ibu belikan Azim lagi 3 keping CD. Brand...Babyland. Harga RM30 sahaja. Ibu berangan nak fully CD utk Azim tapi untuk beli sekali gus banyak memang Ibu belum mampu. So Ibu beli sikit2. Maknanya Azim dah ada 4 keping CD. Ibu belikan warna merah, purple dan orange.


Dari segi kualiti kain, CD ni sangat nipis di bahagian dalamnya. Sampai snap button kat bahagian luarnya pun boleh nampak dari dalam (lihat gambar). Bahagian atasnya (masih di bahagian dalam) pula yang di jari Ibu tu, tak grip jadi insertnya bila dimasukkan agak kurang kemas. Tapi CD covernya cantik. Ibu sukakan warnanya.

Malam tadi Ibu pakaikan CD ni pada Azam dan Azim.



Abang tak berapa pandai pakai. Guna tak sampai sejam dia bukak dan ganti dengan mummy poko pantsnya. Adik pulak ok... pakai sampai ke pagi tadi. Bagus juga... macam kata kawan sepejabat Ibu "DONT JUDGE THE BOOK BY ITS COVER" (sorry Sulo!!!!)

Dan untuk yang kekurangan budget macam Ibu brand ini boleh digunakan. CD ni boleh di dapati di http://alwaysbzmoms.blogspot.com

Monday, May 25, 2009

Go Green

Ini cloth diaper dan sling yang aku beli untuk Azim. CD beli kat Sarakids dan sling beli online ngan Ms. Fenny (URLnya tak ingat...sorry...)



Aku dah kira-kira, kalau pakaikan Azim disposable diapers, sebulan agak2 pakai 2 peket @ RM33.00 sepeket (saiz S). Aku beli pun setelah survey harga yang termurah disemua pasaraya.

RM33.00 x 2 peket = RM66 sebulan
RM66.00 x 12 bulam = RM795.00 setahun

Kalau nanti dia start pakai saiz M, pas tu L pas tu XL yang quantitinya makin sikit tiap peket dan harganya pun makin mahal........emmmmm...........

Andaian mcm Azam skrg pakai XL

RM33 x 4 peket = RM132.00 sebulan
RM132.00 x 12 bulan = RM1584.00 setahun

Banyaknyer......bila la Azam nak berenti pakai lampin pakai buang ni.....

Kalau guna CD, sekali beli 10 helai......beli yang murah je laaa....RM39.90 (kalau stok ni ada lagi). 10 helai baru RM399.00. Azim pakai dari sekarang smpi umur dia 2 tahun....... Kalau CD ni tak rabak..... wahhhh....banyak untung yeeeee.....

So...ibu2...jangan malas....tak susah pun nak mencucinya...jimat belanja....