
Dari segi kualiti kain, CD ni sangat nipis di bahagian dalamnya. Sampai snap button kat bahagian luarnya pun boleh nampak dari dalam (lihat gambar). Bahagian atasnya (masih di bahagian dalam) pula yang di jari Ibu tu, tak grip jadi insertnya bila dimasukkan agak kurang kemas. Tapi CD covernya cantik. Ibu sukakan warnanya.
Malam tadi Ibu pakaikan CD ni pada Azam dan Azim.

Abang tak berapa pandai pakai. Guna tak sampai sejam dia bukak dan ganti dengan mummy poko pantsnya. Adik pulak ok... pakai sampai ke pagi tadi. Bagus juga... macam kata kawan sepejabat Ibu "DONT JUDGE THE BOOK BY ITS COVER" (sorry Sulo!!!!)
Dan untuk yang kekurangan budget macam Ibu brand ini boleh digunakan. CD ni boleh di dapati di http://alwaysbzmoms.blogspot.com
1 comment:
Sungguh comel anak2 akak ngan CD baru..:)
Post a Comment