Wednesday, June 17, 2009

Relaktasi

13hb yang lepas, Ibu dijemput oleh Pn Fara (Sarakids) dan Pn Sue (Lunatots) untuk bersama-sama dalam sesi relaktasi. Lepas kes Azim masuk hospital Ibu bercadang untuk beri Azim dengan susuibu semula. Masalahnya Azim plak yang dah tak nak direct feeding. Jadi, pucuk dicita ulam mendatang. Ibu pun dengan panjang langkah pergi la ke session tu.


Sorry Fara, picture tak berapa clear. Maklumla Ibu duduk kat belakang sekali.
Sue plak, beriya-iye membuat penerangan.


Rupa-rupanya ramai jugak yang ada masalah dengan penyusuan Ibu ni ye. Ramai mama2 dan papa2 yang datang bersama2 baby2nya. Ibu je datang dengan Azim si buah hati Ibu.

Antara baby-baby yang ada

Habis presentation, kami di bahagikan kepada 2 group. Tak sempat ambil gambar sebab sibuk dengan perbincangan. Sue jadi counselor group Ibu. Macam2 permasalahan dan cara mengatasi yang kami bincangkan.
Balik dari session, Ibu tengah bersemangat ni. Sambil mandi, Ibu belek kedua "baldi susu" yang ibu ada. Aik.... macam dah kering jek... Betul la...Ibu cuba juga picit2 macam selalu tapi tak ada apa2 keluar. Ibu panik nie.. tapi tak apa. Malam nanti nak hantar Azim pi cucuk buntut. Boleh minta ubat dari doktor.
Malamnya, lepas cucuk buntut Azim, Ibu cakap ngan doktor nak minta ubat utk produce susu. Tapi Ibu tak makan serta merta. Ibu amik pil pertama hari Isnin sebab Ibu terlupa. Walaupun macam tu Ibu tak pump sehingga hari Rabu (semalam). Alhamdulillah... susu dah ada balik tapi cuma setakat meleleh di puting saja. Ibu tetap pump selama 20minit sebelah baldi. Macam Sue kata, walau tak der apa yang kuar, tetap pump 20 minit sebelah.
Tak kisah lah kalau Azim tak nak direct bf asalkan Ibu dapat bagi susu pada Azim dari baldi ibu sendiri.

No comments: