Sunday, July 26, 2009

Bibik vs Baby sitter

Ingat tak entry pasal aku yang kene darah tinggi??? Kenapa kene penyakit ni... Tension... macam-macam tension. Dan aku pun telah mengambil keputusan untuk menggunakan khidmat pembantu rumah.

Alhamdulillah.... Bibik dah ada kat rumah aku sejak 3 minggu lepas... Hasilnya??? Tekanan darah dah turun 134/82. Tapi yang aku tau, bila dah kene tekanan darah tinggi ni, walau dia dah turun, bila2 boleh naik semula... harap2 jangan la begitu.

Jadinya, sejak ada bibik ni, rumah aku tersusun la skit. Tapi aku dan bibik akan cuba perbaiki lagi rumah tu. Orang mesti tanya kenapa sebelum ni tak diperbaiki... sebab tak ada orang nak tolong. Semangat pun kurang la skit.





Bibik, Azam dan Azim

Anak aku si Azam memang suka sangat kat bibik kus nie. Masa mula-mula aku ambik bibik kat Taman Melawati bulan puasa tahun lepas, dia dah suka kat bibik. Nampaknya serasi sangat. Bibik pulak jenis sukakan bebudak.

Dia nie rajin, tapi kene tunjuk dan bagitau apa yang kita nak dia buat. Setakat nie alhamdulillah. Tapi dia nie ada plan nak kawin lepas raya haji. Tak per la... Tapi dia kata dia masih nak kerja ngan aku kalau kawin pun. Insyallah.......


Kak Na, Kak Ngah, Azam dan Azim
Ini baby sitter anak-anak aku yang duduknya hanya di tingkat bawah rumah aku. Kak Na mengasuh Azam sejak Azam umur setahun. Masa nak cari baby sitter ni banyak perkara yang aku pertimbangkan. Sebelum jumpa Kak Na, ada satu rumah tu, pun kat tingkat bawah rumah aku, aku hantar Azam ke sana. Tapi tiap kali amik Azam, aku perasan Azam seolah-olah diselaputi tepong. Maklum la, penghuninya buat kuih tiap hari (berniaga sarapan). Baju Azam mesti berdaki. Tu yang tak tahan tu.
Dua hari sebelum hantar Azam ke rumah Kak Na, aku dan ibu pi ziarah rumah dia. Nak jugak tengok orangnya macam mana. Dan environment rumahnya macam mana. Aku dan ibu puas hati sebab:-
1) Orangnya bersih, tak selekeh (tak macam orang yg lagi satu tu)
2) Rumah dia bersih
3) Dia, suaminya dan anak2nya sangat sukakan budak. Memang nampak sangat dia sayangkan bebudak. Anak2 dia baik yang lelaki dan perempuan semua sayangkan bebudak
Syarat no 3 tu yang penting bagi aku. Orangnya penyayang.

Abang dan Mak

Abang panggil Kak Na "MAK". Suami kak na dia panggil "ABAH". Keluarga nie jenis orang yang tak berkira. Aku banyak terhutang budi pada keluarga nie. Ada masa aku perlu balik lambat dari kerja atau pergi ke tempat2 yang tak boleh bawa budak, aku titipkan anak aku kat dia. Tak pernah dia menolak kecuali dia ada hal. Hari Sabtu dan Ahad pun dia terima. Sampaila bila aku beranak dan hantar Adik juga ke situ.
Masa amik keputusan nak ambik bibik, aku ambil masa yang lama nak beritau pada Kak Na. Aku takut kalau2 Kak Na kecik hati. Tapi alhamdulillah. Dia mengerti. Tak jadi masalah pada dia.
Sekarang, walaupun aku dah tak hantar kedua-dua anak aku pada dia, hubungan kami masih baik. Semuga hubungan ni berkekalan selamanya. Amin...

Steamboat

Hahahaha...... kami ber steam boat lagi...

Bestnyerrrrr...... tak ada kata-kata yang mampu diucapkan... tengok jek la gambonyer yekkk....




Di luar restoran


Azam yang tak abis-abis posing



Adik... tiap kali pi makan dia tido



Ayah yang tengah mengawal anaknya yang start nak buat perangai



Bibik mengelamun jauh teringat boyfren di Shah Alam




Slow cooker untuk steamboat. Mana makanannyer...
Sorry la.....
Dek asyik sangat makan sampai tak ingat, terlupa amik gambo makanan...
Lain kali jek la kasi korang kecur...
hehehehehhe