Wednesday, July 29, 2009

3 tahun

28hb Julai 2009, genap 3 tahun umur Azam. Tak sangka dah makin besar "my little baby boy".
* Inilah budaknya yang menyebabkan ibu duduk di hospital selama 2 bulan sebelum melahirkan dia.
* Inilah budaknya yang menyebabkan ibu terpaksa berhenti kerja di awal kehamilan atas nasihat doktor.

Sudah 3 tahun rupanya Muhammad Azamuddin
* Inilah budaknya yang menyebabkan perut ibu kene lapah masa nak keluarkan dia.
* Inilah budaknya yang menyebabkan ibu kehilangan 4.4 liter darah masa melahirkan dia.
* Inilah budaknya yang menyebabkan ibu sentiasa resah, takut kehilangannya seperti ketika ibu kehilangan abang-abangnya.


Teruja dan malu-malu bila disuruh tiup lilin

* Inilah budaknya yang ketika lahir hanya seberat 2.49kg
* Inilah budaknya yang ibu belek dan kira jari jemarinya (takut jari jemari tak cukup) ketika kali pertama ibu dipertemukan dengannya.


Kek harijadi Azam beli kat Secret Recepi

* Inilah budaknya yang buat ibu tak tidur malam bila dia menangis akibat kembung atau laparkan susu.
* Inilah budaknya yang jadi teman tidur ibu setiap malam sehingga hari ini (walaupun dah ada adik)


Makan yang dimasak untuk 20 orang tapi yang dijemput tak sampai 5 orang pun



Tengok.... berapa banyak piring dan mangkuk



Tunjukkan hadiah yang dibeli Aunty dia


Walau apa pun, abang tetap buah hati ibu. Biar 10 orang adik beradik abang ada, abang tetap jadi kesayangan ibu. Tapi abang jangan la nakal sangat. Bila abang nakal ibu selalu pukul abang tapi lepas tu ibu sedih. Ibu kesian tengok abang kene pukul atau kene jentik ngan ayah. Tapi abang memang terlalu nakal.




Wajah-wajah adik

Abang suka buli adik. Abang selalu berangan jadi Ultraman dan tumbuk adik. Semalam abang pijak adik. Kenapa yekkk... Abang cemburu dengan adik ker? Ibu tak rasa abang benci adik sebab abang selalu main dengan adik dan buat adik ketawa. Tapi abang macam nak lepas geram bila abang buli adik. Jangan la macam tu. Kesian pada adik.



Wajah-wajah adik

Tapi macam ibu cakap tadi, ibu, ayah, atok, nenek, aunty2 dan uncle2 semua sayang abang. Malahan kawan2 ibu pun sayang abang.


Adik sangat terexcited nampak belon


Sekali lagi ibu nak pesan pada abang, jangan nakal2 ye...
HAPPY BIRTHDAY ABANG