Tuesday, December 1, 2009

Hospital Lagi....

Wa.... lama betul saya tak menulis kan... sebab tak der bahan.. tak der cerita.... M.A.L.A.S sebenarnyer.

Ok... saya cuba untuk menilis semula.... apa-apa cerita pun tak apa kan... tapi jangan boring bila tak ada picture dalam blog saya ni.. sebab saya memang sememangnya M.A.L.A.S...

Ahad lepas, jam 10.30 pagi Azim, anak jantan no 2 saya, yang dah start jalan bertatih jatuh terlentang dan kerusi makan yang digunakan untuk memapah ketika berjalan terhempap kat dahi dia.

Hasilnyer.... mulut dan hidung anak saya merembeskan darah... merembes???? Kuar darah laa...
Ibu yang sedang bersarapan ini (sarapan kul 10.30 pagi???) kalut sungguh... Nasib baik dah mandi pagi...

Nangis??? Mesti la anak saya menangis... Sampai tak kuar suara dia menangis.

Tak sampai 5 minit saya dan bibik dah ada dalam kereta menuju ke HUKM. Sampai kat emergency room terus anaksaya dia bawa ke bahagian kritikal.

Selepas di periksa dek 3 orang doktor, diaorg amik keputusan untk observe anak saya kat observation room selama 6 jam...

Alhamdulillah, anak saya tak ada muntah2 atau pengsan / pitam selama berada kat wad tu. Saya tanya, tak nak buat x-ray ker??? Doc kata, since Azim masih kecil, diaorang tak advice buat x-ray coz taknak baby terdedah kat radioactive...

Jadi, kami balik ke rumah kul 6.00 ptg dengan pesanan dari doktor untuk sentiasa perhatikan Azim dalam jangkawaktu 24 jam ini. Sekiranya ada apa2 (muntah /pengsan) maka dengan segera bawa ke hospital.

Maka ibu-ibu di luar, jangan jadi macam saya. Saya lalai jaga anak.. walau dah ada bibik...

Jaga anak bebaik ye...