Wednesday, April 22, 2009

Suku Tahun Pertama 2009

Sebenarnya tak tau apa nak tulis dalam blog nie. Aku pun bukannya pandai menulis. Tapi mungkin ini tempatnya untuk meluahkan apa saja yang aku rasa dan berkongsi segala pengalaman pahit manis.

Untuk bercerita tentang segala pengalaman yang sudah-sudah tentu mustahil untuk aku yang dah berusia 38 tahun ni. So...apa kata kalalu aku mulakan dengan pengalaman-pengalaman menarik sepanjang beberapa bulan menempuh tahun 2009 ni.

31st December 2008

Aku, suami dan anak bujang ku meraikan tahun baru di A' Famosa Resort bersama-sama adik dan keluarga. Satu pengalaman indah yg tak dapat dilupakan. Jam 3.00 ptg aku, suami dan anak dah sampai kat A'Famosa. Check in conco dia. Mak aiiii....Condonya terbiar, tak berjaga...Macam haunted pun ada.....Adik, Arman dan anak-anak(along, angah, baby dan boboi) sampai kul 10.30 mlm. Lambat sebab uruskan anak2 berpindah ke sekolah baru. Kan dah nak naik sekolah....


Malam 31 December 2008 kami saksikan penutup tahun 2008 dengan menonton Cowboy Parade. Ramai betul 'nyah' kat sana. Lawa-lawa pulak tu. Kalah perempuan tulen. Aku....ada la skit jealous.... ngan potongan badan diaorg.....





Harga tiket RM38 ringgit untuk dewasa, tapi kalau tengok parade yang makan masa 1 jam setengah tu, macam tak worth je. Parade tu kononnya macam panjang, tapi sebenonya diaorg ulang-ulang sampai beberapa kali. Bosan jugak laaa...



Yang lucunya, Azam ketakutan tengok Red Indian main api. "Anas...anas..." (Panas...panas...) Sepanjang pertunjukan dia menyorok belakang ayahnya.

1st January 2009

Pagi2 kami semua dah bangun dan menuju ke Water world....... Azam macam kemaruk jumpa air.



Ayahnye pun macam kemaruk jugakkkk....Anak main gelungsur, ayahnyer pun main gelungsur kanak2. Gelongsor tu dah la sempit. Melelas belakang badan ayahnya.



Kul 2 petang kami keluar dari Water world dan bergerak balik ke KL. Singgah makan di R&R Seremban. Gitu gini kami sampai kat KL dalam hampir maghrib.


8hb Januari 2009

Medical check up kat HUKM. Appoinment kul 11.00 pg. Scan baby. Jumpa doktor kul 4.00 ptg. Macam nak nangis. Punya la penat. Doktor plak kata air ketuban sangat kurang dan paksa masuk wad. Aku balik rumah dulu dan inform hubby. Malamnya lepas maghrib aku check in wad nilam.

15hb January 2009

Seminggu duduk hospital, doktor kata air ketuban dah ok dan boleh discharge. Tapi doktor bagi MC sampai next appointment which is on 29th Januari 2009.

29hb Janury 2009


HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!!!! HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!!! HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!!! HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!!!

Check up lagi kat HUKM. Aku kata kat doktor nak beranak esok. AKu nak birthday present yg beso dan bernyawa. Doktor ketawa je. Nasib baik Prof. Zaleha setuju memandangkan kandungan aku dah 37 minggu. Tapi dia juga advice aku untuk ikat sekali. Aku ok je...sbb sekarang pun umur aku dah 38 tahun. Kalau tak ikat maunya aku beranak lagi masa umur 40 tahun. So... lepas maghrib aku check in wad semula.


30hb January 2009


Huh....hari yang sungguh mendebarkan. Patutnya aku patient pertama masuk bilik bedah. Hari nie ada 5 kes pembedahan. Tapi hubby aku tak sign lagi consent letter untuk ikan peranak. Hubby sampai spital dalam kul 9 pagi. Tetiba dia kata tak nak sign consent letter tu... Well...aku nie kan isteri mithali... dia tak nak sign aku pun malas nak argue....

So...aku pun di tolak ke bilik bedah...Jeng...jeng...jeng....

Semua preparation dah siap. Doktor mula bagi epidural..... tak sampai 5 minit dah start kebas dari pinggang ke bawah. Aku tak tau kenapa. Hati sangat berdebar....Dalam kepala otak aku mula terfikir..."Doktor...hentikan semua...saya tak jadi nak beranak" ...tapi mulut aku tak terucap.

Doktor tanya kenapa nadi aku sangat laju... aku kata..."Saya sangat nervous la doctor..."

Tetiba doktor tu kata "...OK puan...kami mula potong yek..."

"La...doctor...nak potong, potong aje la...jangan la bagitau saya..." Jadi...proses potong memotong pun bermula. Sampai la aku dengar suara tangisan baby... 15 init lepas tu nurse tunjukkan baby pada aku. ALHAMDULILLAH.... semua dah selamat....

Aku penat...."Doctor, saya dah penat...saya nak tido..."

Selesai semua..... aku ditolak ke recovery room. Punya la sejuk.... dan badan aku mula gatal2. Ini la masalah aku. Alergy kat ubat bius. Badan akan gatal2. Hampir sejam aku kat recovery room, doktor tgk aku elok, aku pun ditolak ke wad semula.

Dalam perjalanan balik ke wad aku muntah dengan banyaknya (kesan dari ubat bius jugak). Hari ni aku tak jumpa baby...nurse tolong jaga....

Oh ye...aku dah dapat birthday present aku yang besar dan bernyawa tu.... he..he..he...












































































































Yang lucunya Azam ketakutan bila tengok Red Indian bermain api... "Anas...Anas...." (Panas...panas...)















































































































































































































































Monday, April 20, 2009

Pembuka Kata

Assalamualaikum....

Wah.....macam nie rupanya nak buat blog. Selama ni cuma tengok blog orang saja. Tak pernah terfikir kat benak aku nak ada blog sendiri. Ini semua kerana Faezah... cemburu aku tengok blog dia. Penuh dengan cerita dan gambar-gambar yang menarik. Harap-harap aku rajin nak meng"update"kan blog nie.