Wednesday, January 23, 2013

Kerana Anak-anak

Assalamualaikum...

Saya nak sambung cerita semalam, apa yang saya buat dalam masa 3 tahun selama mana saya tidak membuat apa-apa entry di blog ini.

Bermula dari bulan August 2009, ketika saya masih bekerja dengan Zamran, dan selepas saya melahirkan anak kedua, saya mula berfikir tentang masa depan anak-anak saya. Bagaimana saya harus mencorak kehidupan mereka. Saya pasti perkara yang sama difikirkan oleh semua ibubapa di luar sana. Bagaimana kalau... kalau... kalau... dan terlalu banyak kalau yang terlintas difikiran saya. Adakah anak saya akan jadi manusia (orang-orang dulu selalu guna kata-kata ini)? Akan berjayakah anak saya nanti? Sampai peringkat manakah pelajaran anak saya nanti? Bagaimana dengan agama anak saya? Mampukah saya mendidik anak-anak saya menjadi muslim yang sejati? Pendek kata, akan berjaya dengan cemerlangkah anak saya di dunia dan di akhirat kelak?

Rupanya, bila kita mempunyai fikiran sebegitu, ia juga menjadi pendorong kepada kita untuk memperbaiki diri kita sendiri. Saya mula mencukupkan solat saya. Sebolehnya saya perbaiki dengan seboleh-bolehnya solat apabila masuk waktunya. Saya tak mau nanti anak saya berkata "Kenapa abang/adik kene solat? Ibu/ayah tak solat pun" "Kenapa kene buat begitu sedangkan ayah/ibu tak buat pun".

Begitu juga dengan pelajaran. Apa yang boleh saya katakan kalau anak saya tak nak belajar bila dia mula bersekolah nanti? Perlukah saya guna cara kekerasan supaya dia belajar? Bagaimana kelak jika dia berkata "Kenapa abang/ adik perlu belajar pandai-pandai? Ibu pun cuma ada SPM/STPM. Memang la ibu dulu ada belajar kat universiti tapi ibu drop out kan? (drop out ketika di UNITAR)" Oooppsss... mana saya nak letak muka nanti? Jadi, saya ambil keputusan yang saya perlu berbuat sesuatu.

Bermula dengan diri sendiri, saya daftarkan diri kembali sebagai pelajar di UTM. Course apa? Emm... selama ini, sejak saya mula bekerja, saya merupakan seorang secretary, personal assistant kepada top management walhal saya tak pernah mengikuti mana-mana kursus secretarial :). Malahan, pekerjaan terakhir saya ketika bersama Zamran, adalah sebagai Projek Secretary kepada General Manager. Melalui GM ni la saya belajar membaca architectural drawing, structural drawing dan segala bagai drawing (masih banyak yang saya tak faham). Jadi, melalui pengalaman kerja saya, seharusnya saya mengambil kursus kesetiausahaan atau building management atau apa-apa yang berkaitan dengan construction atau land development. Tapi saya mengambil keputusan untuk ambil course Business Administration (Executive Diploma).

August 2009 bermula perjalanan saya sebagai pelajar part time Executive Diploma diusia 39 tahun. Dalam kelas yang penuntutnya seramai 20 orang, saya saja yang ada anak yang masih baby. Masa tu Azim baru saja 7 bulan. Ada ketikanya saya bawa anak saya ke kelas bila babysitter saya tak ada. Pembelajaran selama 15 bulan seakan tak terasa bila saya akhirnya dapat menyudahkan pembelajaran saya. Dan pada 17 Disember 2011, saya berjaya mendapat diploma saya disaksikan dewan UTM Jalan Semarak (saya lupa nama dewan).

Sekarang, saya sedang survey beberapa universiti yang boleh menerima Executive Diploma saya untuk saya lanjutkan pelajaran saya ke peringkat Executive Master. Yang penting tak melibatkan ongkos yang banyak. Saya kene bayar sendiri ye, jadi survey kos yang paling rendah amat penting buat saya.

Jadinya, 2013 ini akan menjadi saksi saya kembali sebagai pelajar di usia 42 tahun. Ada sesiapa nak join saya?

Tuesday, January 22, 2013

Saya menulis lagi....

Assalamualaikum....

Last entry saya pada December 2009. Lama betul tak menulis...

So, apa yang berlaku sepanjang 3 tahun ni? Apa ye yang boleh diceritakan?

2010 - Bulan May saya behenti kerja dari Zamran Sdn Bhd selepas berada di sana sejak 2007. Sangat sedih meninggalkan company ni. Dalam banyak2 company saya kerja, Zamran merupakan tempat yang banyak memberikan kenangan pahit manis pada saya. Yang bestnya suasana kerja di situ. Keakraban antara staff tak kira dari ranking mana pun sangat ketara. Macam adik beradik walaupun kami berlainan bangsa dan berlainan kewarganegaraan.

Ketika saya join Zamran, pejabatnya merupakan sebuah banglow dua tingkat di Kampung Tunku, PJ. Suasana banglow yang ala Bali sangat tenang dan nyaman. Di sisi banglow terdapat gazebo yang besar buat kami beristirehat selepas waktu kerja (yang mana selalunya cuma pak guard je yang duduk kat situ). Di sekeliling banglow ada kolam ikan yang berupa parit besar selebar 1 meter. Isinya... lebih kurang 10 ekor ikan kap jepun yang sebesar paha saya. Ada dapur yang sangat besar tempat di mana saya akan masak sekurang-kurangnya sebulan  sekali bila mana ada keraian di office. Senang cakap, saya ni chef di office tu.

Pada 2009, Dato Alex, majikan kami mengambil keputusan untuk berpindah ke tempat yang lebih bercirikan  PEJABAT. Jadi kami berpindah la ke 3-2 Square Commercial Centre, PJ. Di mana silapnya, bisness tidak berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan. Gaji mula tertunggak, epf dan socso tidak dibayar (sehingga company ditutup, epf dan socso tetap tidak berbayar). Walaupun macam tu, kami tetap pergi kerja seperti biasa. Memangla ada rungutan tapi tak ada siapa yang buat laporan. Hingga pada April 2010, saya ambil keputusan untuk berhenti kerja dan akhirnya pada 30 Mei 2010 saya melangkah keluar dari company tu dengan hati yang sangat sedih. Bukan saya seorang yang melangkah keluar pada tarikh tersebut, tetapi bersama-sama saya 4 orang lain juga mengambil keputusan yang sama termasuk bos saya.

Akhirnya 2011 (kalau tak silap saya), operasi Zamran Sdn Bhd ditutup secara rasminya. Untuk bekas rakan sekerja saya, saya rindu kamu semua...
                                                       Antara Ex-Staff Zamran Sdn Bhd

Sunday, December 20, 2009

Hari Raya Haji

Entry ni pasal Hari Raya Haji yang lepas... lambat skit sebab baru jek dapat pictures dari sepupu... so...tgk la ye....



Ini Uncle Wariman... anak aku panggil dia Tok Jawa...


Seekor lembu di tumbangkan sebagai korban dan aqiqah... Dari tempat penyembelihan, lembu itu dibahagi 4 dan terus di bawa balik ke Linau Kecil, rumah uncle Zahari....



Yang duduk tu suami ku, dia ditugaskan untuk memotong rusuk dan tulang2 lembu. Yang sebelah kiri tu, tuan rumah, Uncle Zahari...

Yang mencangkung tu anak Pak Ngah, tak ingat nama betul tapi kitaorg panggil di Aji.
Kat tembok tu, ibuku dan bibik ku... anak ku??? Eh bibik.... mana bebudak???


Tugas Aji dan Tok Jawa, kira semua bungkusan yang telah siap di timbang dan bungkus.


Ini badan-badan pemerhati... Ayahku, Ibuku dan bibik...
BIBIK!!! apasal kau kat sini??? Mana anak2 aku????



Bila orang lelaki dah penat melapah, maka orang perempuan pula ambil alih.
Yang baju merah tu Aunty Hanim, isteri Uncle Zahari.
Yang nampak kaki tu suamiku, dan yang beso tu, aku la....
Aku plak melapah skit2 pipi dan daging yang ada kat kepala lembu tu sambil mata lembu
tu memerhatikan aku...hhehehehe...seram kan...
Cuba bayangkan kalau muka kita dilapah macam tu... masyallahhhh....


Ok... sebahagian daripada tulang rusuk dan tulang2 lain kitaorg masak sup...
Uh.uh.uh... makan hati la sapa yang balik cepat ke KL ari tu...
dengan nasi impit, dengan sambal kicap cili padi... makan reramai.....
best siut... cuma tak der sup kaki lembu kegemaran ku sajer...


Aku hanya mampu memandang makanan yang penuh dengan kolestrol itu...
Aku rasa la jugak... dapat la 2 ketol... boleh la dari tak merasa langsung...




Baju hitam ialah suamiku, baju biru, adik ipar ku, Wan dan yang tak berbaju itu anakku.. Azam



Inilah orangnya yang bersusah payah tolong tempahkan lembu,
pilih lembu dan tolong bayarkan lembu bagi pihak kami. Ini Pak Ngah ku...

Jadi... hari raya korban yang baru berlalu nie berjaya lah kami mengorbankan seko lembu dan kami dah pun menempah lagi 2 ekor lembu untuk tahun depan. Bagi sedara mara yang nak join tu, kalau tak silap, ada lagi 3 bahagian yang belum berpunya.. so buat la tempahan awal ngan Pak Ngah ye.. Kalau tak cukup 2 ekor, kita tunbangkan lagi sekor...

Wednesday, December 16, 2009

Kesihatan Jantung Anda

Huh...ilmiah betul entry saya kali ini...




Tentu orang tertanya-tanya kenapa entry saya pasal jantung kan..


Sebabnya... saya dah ada masalah jantung ni... 22hb October 2009 lepas, saya kene mild heart attack (mengikut kata doktor HUKM la). Selepas melahirkan anak kecil saya, saya selalu rasa sengal2 kat bahagian atas dada diikuti dengan sengal/sakit bahagian atas lengan. Saya fikirkan kerana banyak mendokong anak. Jadi selama tu juga saya biarkan. Kalau duduk dendiam dan urut2 sikit, sakit tu akan hilang.


Beberapa hari sebelum 22hb tu sengal2 saya tu menjadi semakin tak selesa dan sakit. Saya masih diamkan je.. sampai malam 21hb, sakit tu naik ke leher dan ke bahagian rahang. Kemudian saya teringat rancangan Oprah bersama Dr. Oz (ada gunanyer jugak saya rajin tengok rancangan ni). Saya teringat Dr. Oz kata kalau sakit macam tu maknanyer kita kene serangan jantung. Tapi saya tak berpeluh, sesak nafas dan muntah (simtom2 berikutan daripada serangan jantung).


Jadi, pada 23hb saya pepagi lagi saya dah terjenguk kat Pusat Perubatan HUKM di Bandar Tasik Selatan. Dalam kul 10.30 saya jumpa doktor, kul 11.00 saya dah naik ambulance. Saya cakap kat doktor, saya boleh jalan dan takkan saya nak tinggalkan kereta kesayangan saya kat tepi jalan gitu jek.. Doktor kata tak boleh. Takut kene serangan yang lebih teruk.


Kul 11.15 saya sampai ke HUKM Jalan Yaakob dan terus ke emergency room. Saya terus dipantau dari kul 11.15 tu sampai kul 5 petang. Selama tu 3 kali diaorg buat ECG. Doktor medical amik keputusan untuk saya dimasukkan ke wad. Dan saya dimasukkan ke Wad 6D, tingkat 6 pastinyer.


5 hari disitu, saya dipantau, diberi berbagai ubat2an, dan diberi suntikan untuk mencairkan darah. 1 hari 2 kali, dan sekali 2 suntikan. Suntikan tu dibuat disekeliling pusat... dan selama 2 minggu sekeliling pusat saya lebam hitam (sorry tak der picture...aurat...heheheh).


Saya yang tahun ni jugak dikesan menghidap tekanan darah tinggi (macam2 penyakit sungguh). Saya tak start pun ubat2an utk darah tinggi dengan harapan dapat mengawalnyer sendiri dengan pengawalan pemakanan. Tapi bila dah ada serangan macam ni, saya terpaksa la makan ubat darah tinggi sekali. Yang peliknya, selama saya di hospital, langsung tak ada simptom darah tinggi ni. Mungkin pasal ubat yg diberikan dan mungkin juga saya tak stress ngan kerja dan ragam anak2 (huh... macam ni ker ibu berkata-kata??)


Tapi, bermula dari situ la saya mengubah rutin hidup saya. Kalau selama nie saya parking kereta betul2 di pintu masuk office (supaya saya dapat tengok keselamatan keta kesayangan saya - org lain mesti menyampahkan baca statement saya ni... mcm dia sorang ada keta...), sekarang saya dah parking jauh-jauh. Bermula dengan 250 tapak jarak antara kereta dan office, sekarang saya tambah ke 450 tapak (siap kira tu...) Dan selama nie, saya jenis tak beraktiviti luar, sekarang setiap hari sabtu dan ahad saya akan bawa anak2 saya ke Tasik Permaisuri untuk beriadah. Dengan jayanyer saya dapat berjalan menghabiskan satu pusingan besar tasik tu sambil tolak stroller anak kedua saya (eleh...org lain jogging sampai berkali2, dia jalan satu pusingan pun nak heboh...) well... bagi saya itu kejayaan saya sebagai permulaan. Kalau saya terus all out dan tetiba kene serangan macam mana pulak ..btul tak???


Pemakanan saya pun dah berubah. Saya cuba sedaya upaya mengurangkan pengambilan nasi saya. Sehari sekali dan cuma 2 sudu (nak buang nasi terus tak boleh sbb saya mmg addicted ngan nasi... tengok je la badan saya..) lauk saya.... ikan stim penuh dengan halia dan bawang tanpa walau secubit garam (tawar mmg tawar tapi saya kuatkan hati). Saya amik breakfast tapi saya gantikan lunch saya dengan Juicemate (tgk la kalau2 benda alah ni berkesan utk turunkan berat badan saya ker tidak). Dinner saya macam saya katakan tadi la... sebelum kul 7 ptg, nasi 2 sudu, sayur rebus dan ikan stim.


Banyak makanan kegemaran saya yang terpaksa saya lupakan... terutamanyer...SOTO KAKI AYAM dan MEE KARI KAKI AYAM.... huhuhuhu...kaki ayam walau tak der lemak tapi tinggi kolesterol. Dan buat pertama kalinyer, pada Raya Korban yang baru berlalu, rumah saya tak buat SUP KAKI LEMBU.... ibu buat sup tulang dan saya cuma dibenarkan menjamah saja..... hukhukhuk... nasib badan..


Jadi bagi kengkawan kat luar sana yang agak2nyer berat badan berlebihan, pergi la buat ujian kadar kolesterol dalam badan. Kolesterol yang tinggi punca pada jadinyer penyakit darah tinggi dan jantung nie... Yang kurus pun macam Pn Azwan tu.... pi la check... kurus tak bermakna kolesterol tak tinggi.... sebaiknyer mencegah dari awal ....


Akhir kata bagi entry kali ini... SAYANGI JANTUNG ANDA...

Sunday, December 13, 2009

Anakku Yang Comel

Anak saya cuma 2 orang... dan ini yang bongsu (bongsu???? pastikah???? )




Adik dah pandah jalan tatih-tatih sambil berpaut pada apa saja yang ada.... ini gambar tebaru Azimuddin... saya snap gambar ni semalam


Gambar abang??? Abang dah jemu bergambar.....